MENGURUSKAN kewangan bagi mereka yang baru bekerja dan memiliki gaji sendiri mungkin terasa sukar. Apatah lagi sekiranya pendapatan bulanan seseorang itu adalah RM1,500 iaitu kadar gaji minimum yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai tahun ini. Namun, usah risau kerana terdapat tip menguruskan kewangan yang boleh diamalkan oleh golongan ini supaya gaji tidak habis di tengah bulan. Formula tersebut adalah dengan membahagikan gaji RM1,500 kepada tiga kategori iaitu 50 peratus keperluan, 30 peratus untuk simpanan dan 20 peratus untuk kemahuan. 1. 50 peratus daripada gaji (RM750) Digunakan untuk membayar keperluan seperti komitmen dan bil bulanan yang wajib. Bahagikan gaji yang diperoleh kepada tiga kategori. 2. 30 peratus daripada gaji (RM450) Simpan di bank atau syarikat pelaburan yang sah 3. 20 peratus daripada gaji (RM300) Wang untuk belanja harian dan untuk memenuhi kehendak atau hobi pada bulan tersebut Kaedah ini boleh diimplimen bagi mereka yang masih baru bekerja dan terfikir-fikir cara berbelanja yang berhemah dan dalam masa sama dapat menabung. Bagi mengurangkan pembelian secara impulsive (spontan) pula, utamakan barang yang perlu sahaja. Jadi, tidaklah berlaku perbelanjaan yang berlebihan atau tidak terkawal. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube