suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 minit je asing biji dari lada kering! Lepas ni mesti ramai buat cili boh sendiri... Tahan lama, masakan lebih sedap

Terdapat cara mudah membuat cili kisar tanpa biji dan tahan lama.

CILI kisar atau juga disebut cili boh merupakan antara bahan masakan perlu ada di setiap dapur.

Biasanya cili boh yang dijual di kedai mudah rosak atau terjejas rasanya kerana telah dicampurkan dengan bahan lain atau pengawet.

Sebenarnya cili yang dikisar sendiri lebih tahan lama kerana tiada bahan lain digunakan sebagai penambah rasa.

Namun, pes yang dihasilkan sendiri biasanya mengandungi biji cili yang banyak.

Kisar cili kering untuk mengasingkan biji.

Seorang pemuda Mohd Ahzad Nadirun berkongsi tip mudah di Facebook bagi menghasilkan cili kisar tanpa biji.

Katanya, cara ini hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk disiapkan.

Bahan-bahan:

1. Cili kering

2. Pengisar dan pencincang (chopper)

3. Penapis

4. Periuk

Cara-cara:

Masukkan kesemua cili kering ke dalam chopper untuk dikisar.

Kisar kasar cili tersebut menggunakan chopper tetapi elakkan daripada mengisar terlalu lama.

Asingkan cili dan biji dalam dua buah pinggan berbeza.

Rebus cili kisar sebelum dikisar halus.

Rebus atau rendam cili dalam air panas sehingga menjadi lembut.

Sejatkan cili kisar.

Kisar sehingga lumat cili kering menggunakan air dengan kuantiti sedikit.

Elakkan daripada memasukkan terlalu banyak air bagi mengelakkan cili boh merecik apabila proses menumis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain