suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seronoknya dah jumpa cara lambatkan proses kulit wajah berkedut... Buat sendiri je guna 4 bahan

Bahan ini sesuai dipakai pada waktu malam untuk kesan yang lebih baik.

PENINGKATAN usia menyebabkan proses penuaan semula jadi mula berlaku secara perlahan.

Bermula saat inilah, kedutan pada kulit mula kelihatan terutama sekali di bahagian wajah seseorang.

Perkara ini merunsingkan setiap orang mengenai paras rupa mereka lebih-lebih lagi bagi golongan wanita.

Terdapat satu tip menggunakan bahan sedia ada di rumah dikongsikan oleh Zuriaty Musa bagi melambatkan proses penuaan ini.

Katanya, empat ramuan digunakan ini cukup untuk menjadikan seseorang yang mengamalkan secara konsisten kelihatan lebih muda remaja.

Jeli petroleum perlu dimasukkan ke dalam ramuan diajar Zuriaty ajarkan.

Bahan-bahan

1. Jeli petroleum

2. Jus lemon

3. Serbuk kunyit

4. Minyak kelapa

Campurkan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau sebati sebelum disapu pada kulit yang berkedut.

Menurut wanita yang sering berkongsi tip di TikTok, adalah lebih baik sekiranya bahan yang dihasilkan itu dipakai pada waktu malam.

Katanya, kedutan pada kulit boleh berkurangan dan melambatkan proses penuaan sekiranya diamalkan setiap hari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain