suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna kain je, tak payah beli sabun mahal! Tak sangka ada cara senang elak baju putih jadi kekuningan

Zuriaty berkongsi tip mudah elakkan baju putih menjadi kekuningan.

BAJU putih biasanya akan bertukar menjadi kekuningan setelah diulang basuh dan dipakai berkali-kali.

Malah, warna kekuningan itu susah untuk dihilangkan atau ditanggalkan walaupun sudah berulang kali dicuci.

Menurut Zuriaty Musa dalam satu hantaran di TikTok, ia berpunca daripada karat dalam saluran paip air yang digunakan untuk mencuci pakaian.

Jadi, untuk mengelakkan kejadian sama berulang, wanita ini menggunakan sehelai kain bersaiz kecil untuk diletakkan di dalam tempat letak sabun mesin basuh.

Kain putih bertukar kekuningan air karat 'dihalang' daripada masuk ke mesin basuh.

Difahamkan, kain yang digunakan berfungsi untuk menapis dan menyerap karat daripada memasuki mesin basuh ketika mencuci pakaian berwarna putih.

Pada video kedua dia menunjukkan keberkesanan kaedah ini apabila kain yang dijadikan penapis (filter) menghalang air karat masuk ke dalam mesin.

Bukan itu sahaja, wanita ini turut menunjukkan pakaian putihnya yang bersih dan tiada lagi warna kekuningan.

Walaupun tidak dinyatakan dalam video, kain yang digunakan Zuriaty adalah jenis mikrofiber yang mudah didapati di pasaran dengan harga murah.

Jadi, teknik ini boleh mengelakkan kita daripada membuang pakaian putih yang bertukar kuning atau membeli pencuci khas yang mahal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain