MALANG tidak berbau! Rumah yang menjadi tempat berteduh ketika hujan dan panas juga tidak terlepas daripada bahaya kemalangan seperti kebakaran. Kebakaran di kediaman boleh berpunca daripada pelbagai sebab, antaranya ialah litar pintas di soket elektrik. Kebakaran di rumah adalah sangat mengerikan. -Gambar hiasan Freepik Ketika berlakunya kebakaran di rumah, apa tindakan yang wajar seseorang itu lakukan? Ayuh kita lihat satu-persatu, hati-hati kerana jika tersilap langkah buruk padahnya. 1. Tenangkan diri Jangan panik, kerana keputusan yang dibuat secara terburu-buru boleh menyebabkan situasi bertambah buruk. Jauhkan ahli keluarga terutamanya kanak-kanak daripada soket elektrik yang sedang terjejas itu. Hubungi pihak berkuasa iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sesegera mungkin. Sementara menunggu ketibaan anggota, boleh cuba beberapa ikhtiar ini. Suis yang ditanda dalam bulatan merah harus ditutup terlebih dahulu. 2. Tutup suis di soket menggunakan barangan yang bukan diperbuat daripada pengalir elektrik Cari barangan seperti penyapu atau batang kayu untuk menutup suis yang sedang terbakar itu dari jauh. Penting untuk tidak menggunakan barangan yang diperbuat daripada bahan konduktor elektrik seperti besi atau logam kerana ia boleh merenjat anda. Kotak suis utama di rumah. -Gambar hiasan 3. Putuskan bekalan elektrik di kotak suis utama Pergi ke kotak suis utama di rumah, tekan atau jatuhkan butang suis earth-leakage circuit breaker (ELCB) dan residual current circuit breaker (RCCB). Bekalan elektrik harus diputuskan terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya dapat diambil. 3. Padam api guna kain Peringatan keras, jangan sesekali menggunakan air untuk memadam api yang berpunca dari litar pintas elektrik. Air merupakan pengalir elektrik yang sangat berkesan dan boleh merenjat anda. Sebaliknya, gunakan kain yang besar dan tebal untuk dicampak atau dilibaskan ke arah soket sehingga api terpadam. Kaedah untuk memadam kebakaran menggunakan kain. -Gambar hiasan Perkara ini bertujuan untuk 'melemaskan' api dari oksigen kerana ia adalah keperluan utama untuk api terus membara. Disarankan untuk menyediakan di rumah anda tabung pemadam api serbuk atau karbon dioksida, itu akan membantu untuk memadam api dengan lebih pantas. Punca litar pintas elektrik Berikut adalah beberapa punca yang sering menyebabkan lintar pintas elektrik sehingga mengakibatkan kebakaran. Ayuh kita ambil maklum dan lakukan perubahan. Wayar elektrik yang berselirat boleh mendatangkan bahaya. -Gambar hiasan 1. Wayar elektrik terlebih saratan (overload) Sering terjadi sebegini apabila wayar dengan kapasiti yang kecil disambungkan kepada peralatan elektrik yang berkuasa besar seperti ketuhar, seterika dan mesin basuh. Amalan tersebut menyebabkan wayar 'overload' dan kerap menjana haba yang berlebihan, akhirnya salutan wayar akan cair dan dawai wayar di dalam bersentuhan sesama sendiri. Perkara itu yang boleh menyebabkan kebakaran. 2. Sambungan atas sambungan Tidak digalakkan untuk satu soket elektrik menampung banyak sambungan wayar (wire extension), ia boleh menyebabkan bebanan yang melampau. Selain itu, jika ada wayar yang longgar, ia boleh menyebabkan kebakaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube