suria

Rupanya begini cara chef hotel lembutkan daging... Cepat dan mudah, ada ‘vibes’ menu taraf 5 bintang!

Lelaki ini berkongsikan kaedah mudah untuk melembutkan daging lembu.

TEKSTUR daging lembu yang lembut dan empuk memainkan peranan penting untuk penyediaan hidangan yang lazat.

Justeru pelbagai kaedah kreatif pernah diaplikasikan mereka yang aktif di dapur untuk melembutkan daging.

Namun, perkongsian seorang pemilik restoran dikenali sebagai Pak Man bakal mengubah segalanya.

Pak Man dalam satu video di TikTok mengemukakan dua tip yang unik dan eksklusif untuk memudahkan serta mempercepatkan proses melembutkan daging.

Ayuh kita kupas satu-persatu.

Kaedah melembutkan daging lembu dengan menggunakan serbuk penaik.

1. Gunakan serbuk penaik

Mula-mula, daging itu perlu dipotong dadu. Kemudian taburkan serbuk penaik (baking soda) ke atas daging tersebut.

Biarkan ia diperap selama setengah jam.

Kaedah melembutkan daging lembu dengan menggunakan cuka.

2. Gunakan cuka makanan

Jika tidak mahu menggunakan serbuk penaik, cuka makanan juga dapat membantu untuk mencapai objektif yang sama.

Seperti teknik yang pertama, daging itu harus dipotong dadu. Seterusnya, siram cuka ke atas daging tersebut.

Biarkan ia diperap selama setengah jam.

"Selepas diperap nanti, cuci dulu betul-betul daging ini sampai bersih sebelum dimasak. Insya-Allah apabila dimasak nanti, ia cepat lembut.

"Kaedah yang saya kongsi ni semua kaedah hotel, sudah dibuktikan keberkesanannya," kata Pak Tam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain