suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ini tunjuk ’step by step’ buat sendiri ‘kitchen island’ harga bajet... Tak susah tapi kena rajin!

Kitchen island membuatkan ruangan dapur lebih moden dan menarik. -Gambar Ainee Kamarul

RAMAI yang menyangkakan kerja-kerja make over mahupun ubah suai bahagian dapur memerlukan perbelanjaan besar sehingga ada yang membiarkan ruangan itu kelihatan seperti stor simpanan.

Meskipun mengimpikan dapur gaya moden, kebanyakan pasangan suami isteri memilih untuk memendam perasaan dan melupakan hasrat mereka.

Namun bagi mereka yang kreatif dan rajin, ubah suai boleh dilakukan sendiri sekali gus meminimakan kos yang diperlukan.

Bagi yang buntu, bolehlah mencuba idea membina kitchen island atau kaunter pulau didapur daripada Ainee Kamarul ini.

Aksesori tambahan seperti kotak putih ini memberikan nilai tambah pada kitchen island. -Gambar Ainee Kamarul

Aksesori tambahan seperti kotak putih ini memberikan nilai tambah pada kitchen island. -Gambar Ainee Kamarul

Bahan-bahan:

1. Rak 8 kotak bersaiz 77x147cm

2. Kaki 3 set

3. Table top bersaiz 246x3.8cm

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ajar cara buat 3 jenis pasu bunga guna cermin, kos murah tapi hasilnya nampak mewah

4. Gam silikon

5. Wallpaper

Cara pemasangan:

1. Rak tersebut diletakkan dalam posisi melentang.

2. Pasangkan kaki di kiri, kanan dan bahagian tengah pada rak tadi.

3. Kemudian letakkan table top di bahagian atas rak menggunakan gam silikon.

Table Top yang digunakan pula perlulah kalis air dan minyak supaya tahan lebih lama. -Gambar Ainee Kamarul

Table Top yang digunakan pula perlulah kalis air dan minyak supaya tahan lebih lama. -Gambar Ainee Kamarul

4. Untuk bahagian depan pula, tampalkan wallpaper supaya dapat menutup bukaan rak tadi.

5. Boleh tambahkan kotak mengikut saiz bukaan pada rak berkenaan supaya kelihatan lebih tersusun rapi. Pun begitu, anda boleh sahaja menggantikannya dengan apa-apa bahan yang sesuai seperti raga.

Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dan tampak mewah, penggunaan warna adalah sangat penting.

Disebabkan itu, ramai yang memilih menggunakan satu warna sahaja pada kitchen island dan kebanyakannya menggunakan warna hitam mahupun putih sahaja.

Wallpaper yang digunakan juga tidak sarat dengan corak sekali gus membuatkan ruangan tersebut kelihatan simple, menarik dan kemas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain