suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buat sendiri penyegar almari guna 2 bahan mudah elak pakaian naik tahi lalat! Baju tak rosak dan kekal wangi

Penyegar pakaian diperbuat daripada dua bahan dapur bantu atasi tahi lalat pada pakaian.

APABILA terlalu lama pakaian terperuk dalam almari, tahi lalat pun mulalah timbul.

Adakalanya, pakaian-pakaian itu terpaksa dibuang meskipun kondisinya masih elok.

Maklumlah, nak hilangkannya bukan mudah walaupun menggunakan pelbagai produk viral dan petua-petua di media sosial.

Bagi yang risau pakaian mahal anda dipenuhi tahi lalat atau kulapuk, apa kata cuba cara yang dikongsikan Bezerra ini. Mencegah lebih baik, bukan!

1. Dapatkan bekas kecil yang sesuai. Jika banyak almari pakaian, bolehlah buat lebih banyak.

1

2. Buat seberapa banyak lubang kecil di bahagian penutup. Kaedah ini membolehkan bauan dikeluarkan daripada bekas.

3. Kemudian masukkan dua sudu makan garam kasar. Boleh juga gunakan garam bukit atau apa sahaja jenis garam di dapur.

4

4. Tuangkan pelembut kain ke dalam bekas yang sama kira-kira satu sudu makan.

5. Kacau campuran tadi sehingga sebati. Dah siap!

4

6. Letakkan di almari atau tempat lain yang anda suka terutama kawasan yang tinggi kadar kelembapannya.

Bukan sahaja hanya menggunakan barang sedia ada di dapur, kaedah ini lebih mudah dan pakaian pun kekal wangi. Anda pasti tidak perlu rasa bimbang lagi!

Jadi apa tunggu lagi... selamat mencuba ya!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain