suria

Tahun baharu, rumah perlu ada pembaharuan! Ini 5 warna trend 2023 untuk kediaman segar, ekspresif

Ruang tamu yang dicat dengan warna raspberry blush. Foto: Lushome

TAHUN 2022 sudah pun melabuhkan tirainya.

Tentunya untuk tahun baharu, kita sudah bersiap sedia dengan azam atau senarai 'wish list' yang ingin dicapai.

Bukan hanya merangkumi pencapaian diri, pembaharuan juga perlu dilakukan terhadap dekorasi kediaman agar tampil lebih segar dan sedap mata memandang, lebih-lebih lagi rumah adalah tempat untuk merehatkan minda selepas seharian terperuk di pejabat.

Mahukan idea segar untuk menghias kediaman anda? Ini lima pilihan warna yang bakal menjadi trend untuk 2023, menurut pereka dalaman.

1) Raspberry Blush

raspberry

Benjamin Moore, syarikat cat dan pembuatan terkenal di Amerika Syarikat mengumumkan Raspberry Blush adalah warna pilihan untuk 2023. Raspberry Blush adalah gabungan warna oren dan merah terang seperti warna matahari terbenam (sunset). Semestinya ia pilihan warna yang sangat berani dan ekspresif!

2) Merah terang

merah

Pereka hiasan dalaman, Sarah Stacey menjangkakan warna merah akan membuat 'kebangkitan' pada 2023.

"Cuba padankan merah pada perabot seperti kerusi makan dengan warna neutral untuk memberi lebih penekanan kepada warna," kata Stacey.

3) Neutral

warm

Warna neutral tetap menjadi pilihan ramai kerana melambangkan kesejahteraan dan keselesaan. Tambahan pula kumpulan warna ini sesuai dipadankan untuk hampir semua gaya reka bentuk. Itulah sebabnya satu lagi pengeluar cat, Behr menamakan Blank Canvas, rona off-white sebagai warna terbaik untuk 2023.

4) Coklat Ochre

ochre

Rona ini juga dijangka menjadi pilihan ramai kerana melambangkan warna semula jadi.

"Kami melihat trend pada tahun 2023 ke arah rona dan bahan yang tenang, neutral, memberikan keselesaan dan keselamatan," kata Max Gansow, pengasas bersama jenama perabot Vetsak.

5) Warna lembut

lembut

Tona warna lembut atau soft tidak pernah ketinggalan kerana melambangkan ketenangan. Contohnya rona kelabu cair atau biru cair.

"Nada yang bersahaja memudahkan untuk mencipta look monokrom yang membangkitkan rasa konsisten. Ia juga membolehkan pemilik rumah memilih ruang yang ingin mereka tekankan," kata Christine Marvin, ketua pegawai pemasaran Marvin, syarikat pembuatan tingkap dan pintu kediaman. - housebeautiful.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain