suria

Dah balik bercuti? Sambung berhibur di rumah... Eratkan ‘bonding’ keluarga dengan menonton 5 rancangan menarik di Qalbox

The Voice of Adinda, salah satu rancangan menarik yang ditawarkan di Qalbox.

SELEPAS puas melancong atau berjalan-jalan, sudah pastinya anda mahu meluangkan cuti yang berbaki dengan berehat di rumah pula.

Sambil-sambil bersantai di ruang tamu selepas menikmati makanan tengah hari atau makan malam, apa kata teruskan bonding bersama keluarga dengan menonton rancangan menarik.

Di Qalbox, iaitu perkhidmatan penstriman yang baru dilancarkan di Malaysia, terdapat pelbagai rancangan yang menarik, sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan semestinya mesra Muslim!

ARTIKEL BERKAITAN: Qalbox tawar kandungan hiburan mesra Muslim global! Mudah nak akses, cuma guna aplikasi Muslim Pro

Menawarkan katalog kandungan global yang luas, Qalbox meraikan pelbagai budaya dan identiti Muslim di seluruh dunia, merentas genre yang berbeza seperti dokumentari, filem, siri dan juga rancangan animasi.

Ia juga baru-baru ini menayangkan kandungan asalnya sendiri di Malaysia!

Berikut ialah lima pilihan rancangan untuk tontonan seisi keluarga pada musim cuti ini.

1. I Am Muslim

3

Sesuai dengan tajuknya, siri dokumentari ini menyelami kehidupan lapan individu Islam dari seluruh dunia, menonjolkan tempat yang lebih dekat dengan negara seperti Malaysia dan Indonesia serta lebih banyak negara terpencil, seperti Andalusia.

Setiap cerita adalah penerokaan tentang makna menjadi seorang Muslim kepada individu yang mempunyai kehidupan dan latar belakang yang berbeza, termasuk transformasi pelakon dan pemuzik kepada pendakwah.

Juga termasuk kisah datuk bandar Islam yang pertama dalam sejarah Colombia.

2. Barakat

5

Bagaimanakah perjalanan sesebuah keluarga selepas kematian bapa? Itulah persoalan yang diketengahkan filem yang memenangi anugerah di Afrika Selatan ini.

'Barakat' bermaksud rahmat dalam bahasa Arab, yang merupakan tema utama filem ini.

Sebuah kisah tentang kehidupan, budaya dan keluarga, filem ini memfokuskan kepada Aisha Davids, yang bakal berkahwin semula selepas kematian suami pertamanya.

Bagaimanapun, hasrat tersebut mendapat tentangan daripada anak-anak lelakinya. Berjayakah wanita tersebut meraih restu daripada anak-anaknya?

3. The Voice of Adinda

Mengisahkan Adinda, seorang pelajar berbakat dengan suara yang memikat.

Menarik hati penonton dengan suaranya, Adinda mendapat keberanian untuk mengambil bahagian dalam pertandingan mengaji al-Quran, namun bapanya menentang keras pilihannya.

Tanpa disedari, bapa Adinda enggan membenarkannya menyertai pertandingan itu. Adinda keliru antara impiannya atau keluarganya. Ikuti kisah Adinda yang penuh dengan perjuangan dan keazaman.

4. Little Explorers

2

Little Explorers ialah siri kanak-kanak aksi langsung yang menggabungkan kandungan pendidikan dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Sertai Muhammad dan teman bonekanya yang cerewet, Little Hamzah, ketika mereka memulakan pengembaraan meneroka konsep yang berbeza dalam kehidupan seharian.

Sama ada menyelami sains tubuh manusia, menghargai keindahan alam semula jadi dan hidupan liar, atau mempelajari lebih lanjut tentang detik penting dalam sejarah dunia.

Semestinya anak-anak anda akan tenggelam sepenuhnya dalam siri hebat ini.

5. Burka Avenger

4

Animasi yang dicalonkan untuk Anugerah Emmy ini menceritakan kisah seorang guru sekolah yang bersemangat pada siang hari, dan adiwira berpakaian burka pada waktu malam, berjuang atas nama pemerkasaan wanita, pendidikan dan banyak lagi.

Dengan Musim 1 dan 2 yang sedang disiarkan di Qalbox, 'Burka Avenger' pasti akan memenuhi keperluan anak-anak anda untuk cerita aksi dan pengembaraan yang berkualiti.

Tonton semua rancangan ini dan banyak lagi di Qalbox, tersedia untuk ditonton pada peranti mudah alih, web, tablet dan Chromecasting.

Qalbox boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dengan langganan 2 dalam 1, memberikan pengguna Muslim Pro dua tawaran dalam satu aplikasi mudah alih.

Untuk masa terhad, pengguna Malaysia boleh mendapatkan Qalbox pada harga promosi RM4.90 sebulan atau pelan langganan tahunan RM 49.90 setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain