suria

Mahu idea dan ‘trick’ menata rias kediaman? Ini 5 influencer hiasan dalaman yang patut anda follow

Antara idea dekorasi interior yang diilhamkan daripada influencer.

SATU kajian baharu mendedahkan bahawa selebriti media sosial Instagram @livingwithlady ialah influencer atau pempengaruh hiasan dalaman (interior design) dengan kadar penglibatan tertinggi pada tahun 2022.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Realtors Pacific Palisades menganalisa data Instagram untuk 97 influencer dan menyenaraikan mereka mengikut kadar penglibatan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun baharu, rumah perlu ada pembaharuan! Ini 5 warna trend 2023 untuk kediaman segar, ekspresif

Hasil dapatan kajian tersebut merumuskan influencer hiasan dalaman paling berpengaruh di Instagram adalah:

1. @livingwithlady

living 1

Blogger dan influencer @livingwithlady ialah influencer pereka dalaman Instagram dengan kadar penglibatan tertinggi (7.84 peratus). Dengan hanya 286.2k pengikut, kandungan kontennya begitu menyeronokkan dan pelbagai, daripada resipi sihat yang lazat sehinggalah tutorial transformasi rumah.

2. @remingtonavenue

remington 2

Dengan 775.4k pengikut, @remingtonavenue ialah halaman yang merekodkan kadar penglibatan kedua tertinggi (6.42 peratus). @remingtonavenue ialah akaun yang sesuai untuk diikuti untuk projek rumah DIY dan orang yang ingin mereka bentuk semula rumah mereka mengikut bajet.

3. @drivenbydecor

driven 3

Merekodkan kadar penglibatan sebanyak 4.72 peratus, blogger dan pempengaruh @drivenbydecor ialah akaun reka bentuk dalaman yang memacu penglibatan ketiga tertinggi. Dengan 294.9k pengikut, akaun ini sesuai untuk diikuti bagi mendapatkan inspirasi dan trick bagi menata rias kediaman.

4. @amyepeters

amy 4

Dengan kadar penglibatan sebanyak 4.2 peratus, @amyepeters disenaraikan sebagai halaman reka interior keempat terbaik untuk diikuti bagi mendapatkan inspirasi menghias kediaman. Dengan pengikut berjumlah 142.2k, akaun ini menawarkan idea buat peminat hiasan dalaman dengan lebih terperinci.

5. @angelarosehome

angela 5

Pempengaruh Angela Rose berada di tempat kelima dalam senarai ini. Akaunnya mencatatkan kadar penglibatan sebanyak 4.06 peratus dan jumlah pengikut tertinggi dalam senarai iaitu 1.5 juta pengikut. @angelarosehome banyak berkongsi trick DIY untuk mengubah suai rumah anda. Ikuti untuk inspirasi yang menakjubkan!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain