suria

Nikmati tambah nilai RM30 dan 10,000 mata ganjaran PLUSMiles apabila jalan beraya... Tapi paling penting kena guna Touch ‘n Go RFID!

Pembayaran tol menggunakan Touch ‘n Go RFID adalah pilihan terbaharu selain Touch ‘n Go dan SmartTAG yang sedia ada.

SAMBUTAN Aidilfitri kali ini tentunya luar biasa meriah selepas sudah dua tahun rakyat Malaysia tidak berpeluang beraya ke kampung halaman, berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan taulan akibat penularan wabak Covid-19.

Maka tidak hairanlah jika ramai yang akan mengambil kesempatan menggunakan lebuh raya untuk berjalan raya bagi meraikan Aidilfitri kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ketinggalan! Segera pasang tag RFID kalau tak nak bersesak, semua laluan PLUS, LPT2 sedia lorong RFID April ini

Setelah memperkenalkan Touch ‘n Go RFID sebagai pilihan tambahan selain daripada kad Touch ‘n Go dan SmartTAG untuk pembayaran tol bagi menjadikan perjalanan lebih mudah dan lancar, PLUS kini meraikan musim perayaan ini bersama pelanggan lebuh raya dengan kempen ‘Hari-Hari RFID’ mulai sekarang hingga 2 Jun.

Soc Med Hari-hari RFID

Pengguna Touch n' Go RFID di sepanjang Lebuhraya PLUS berpeluang memenangi hadiah mingguan yang menarik.

Menerusi kempen ini, 70 pemenang mingguan bertuah akan menerima pin Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM30 dan ditambah dengan 10,000 mata ganjaran PLUSMiles yang boleh ditebus untuk pelbagai baucar beli-belah seperti Shopee, Aeon, Mydin, Giant dan banyak lagi.

Setiap hari, ada 10 pemandu akan dipilih sebagai pemenang berdasarkan kekerapan mereka menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan memilih Touch ‘n Go RFID sebagai cara pembayaran.

“Melalui kempen ini, kami mahu menunjukkan penghargaan kepada pelanggan lebuh raya yang memilih mod pembayaran Touch ‘n Go RFID dan kami berharap ia juga akan menggalakkan lebih ramai orang mencubanya.

TOtal jam... vehicles using RFID at Duta Toll at 6pm KAMARUL ARIFFIN/The Star

Mulai 15 Januari lalu hingga kini, Touch ‘n Go RFID meliputi kawasan sepanjang 650km di Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai.

“Negara telah memasuki tempoh peralihan menuju fasa endemik. Dengan pembukaan sempadan bermula 1 April lalu, PLUS menjangkakan berlaku peningkatan trafik.

“Oleh itu, pengguna Touch ‘n Go RFID berpeluang menikmati perjalanan yang lancar, ‘Senang, Selamat dan Selesa’ di plaza tol. Setiap plaza tol PLUS dilengkapi sekurang-kurangnya satu lorong khas Touch ‘n Go RFID.

“Lorong pembayaran kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih tersedia di setiap plaza tol untuk pelanggan yang belum mencuba mod Touch ‘n Go RFID,” kata Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew.

TnG_RFID_Feb_2020 (14)

Pemasangan Touch ‘n Go RFID cukup mudah dan pantas!

Transaksi Touch ‘n Go RFID membolehkan lebih ramai pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan yang lancar dengan teknologi tanpa sentuhan dan tanpa tunai, sejajar dengan peningkatan pembayaran tanpa sentuh melalui e-dompet sebagai gaya hidup digital hari ini.

Sebagai bonus, penggunaan Touch ‘n Go RFID tidak memerlukan sebarang peranti yang dikendalikan oleh bateri.

Jadi mereka tidak perlu risau tentang kehabisan bateri atau peranti gagal berfungsi.

image032

Terdapat pelbagai faedah menggunaakn Tag Touch n' Go RFID.

Selain itu, Touch ‘n Go RFID memudahkan pelanggan lebuh raya untuk menambah nilai melalui aplikasi Touch n' Go eWallet.

“Saya memang menggunakan Touch ‘n Go RFID setiap hari untuk ke tempat kerja, jadi saya amat terkejut apabila dipilih sebagai salah seorang pemenang mingguan kempen Jom Hari-Hari RFID. Sejak menggunakan Touch ‘n Go RFID, saya tidak perlu lagi bersusah payah untuk tambah nilai kad Touch ‘n Go saya.

“Kini perjalanan saya di lorong tol lebih mudah selagi baki eWallet saya mencukupi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PLUS kerana menganjurkan kempen ini”, kata pemenang kempen Jom Hari-Hari RFID, Ong Chen Sing.

Sempena Aidilfitri kali ini, rancang perjalanan anda dengan baik dan dapatkan ganjaran apabila anda memilih untuk membayar tol menggunakan Touch ‘n Go RFID dengan kempen ‘Hari-Hari RFID’ PLUS.

Ketahui lebih lanjut mengenai Touch ‘n Go RFID di Lebuhraya PLUS dan kempen ‘Hari-Hari RFID’ di https://rfid.plus.com.my/

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain