suria

Jepun hasilkan pelitup muka yang boleh dimakan... selamat dan mengenyangkan!

Pelitup muka roti melon semakin popular dalam kalangan masyarakat Jepun.

BIASANYA ketika memilih pelitup wajah, ciri-ciri dan keutamaan sebelum membeli adalah mencari jenis yang mampu melindungi diri daripada virus berbanding rekaannya.

Ini kerana kebanyakan pelitup wajah mempunyai rekaan yang sama cuma berbeza dari segi warna dan ketahanannya melindungi seseorang terhadap virus.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia 25 tahun sudah terajui syarikat milik bapa, pemuda ini mahu bawa jenama mewah jam tangan ke mata dunia!

Namun sebuah syarikat di Jepun iaitu Goku No Kimochi The Labo membuktikan sebaliknya bahawa pelitup muka bukan sekadar dipakai melindungi diri tetapi ia juga boleh dimakan. Pelik tapi benar.

Syarikat tersebut melancarkan pelitup muka berbentuk melon pan atau roti melon yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Jepun sebagai snek.

Bagi merealisasikan idea itu, Goku No Komicho The Labo bekerjasama dengan pengeluar roti melon terkenal di Tokyo, Melon de Melon.



Selain melindungi diri daripada virus, pelitup muka itu juga boleh dimakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Melon de Melon menyediakan roti melon yang kemudiannya dijadikan sebagai pelitup muka. Menariknya, pelitup muka itu turut mendapat kelulusan daripada lembaga ujian pelitup muka Untika Garmentec Research.

Menurut lembaga itu, pelitup muka roti melon dapat memberikan perlindungan tinggi seperti pelitup muka biasa yang berada di pasaran dalam melindungi diri daripada virus.

Kajian yang dilakukan mendapati, ia dapat berfungsi sebagai alat pencegah virus meskipun ia makanan. Ini kerana, seseorang dapat mengigit roti itu dari bahagian dalam ketika mulut ditutup oleh topeng itu.

Pelitup muka itu dijual secara eksklusif di semua kedai The Labo yang didatangkan dengan lima pelitup muka roti melon dan dijual pada harga 1,800 Yen atau RM67.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain