suria

Kucing tak sesuai makan makanan manusia, tapi 5 sayuran ini boleh diberi kepada si bulus

Kucing memang gemar makan sayur-sayuran dan ia memberi banyak manfaat kepada kesihatannya.

PASTI ada antara kita yang pernah memberikan makanan yang sedang dimakan kepada kucing ketika ia datang mendekati.

Persoalannya, adakah kita boleh memberikan kucing makan sayuran dan buah-buahan memandangkan si bulus tergolong dalam haiwan karnivor iaitu hanya makan daging.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar dikesan, ini cara-cara mengenali jika haiwan peliharaan anda dipatuk ular

Menurut doktor veterinar, Dr Gerald Buchoff, kucing tidak memerlukan karbohidrat tetapi serat dan sebab itu kucing liar biasanya akan makan bulu-bulu mangsanya ketika memburu bagi mendapatkan sumber serat.

"Jika kita menambahkan sayur-sayuran atau buah-buahan ke dalam makanan kucing, kita memberinya fitonutrien yang mempunyai bioflavonoid dan fenol berkhasiat untuk kesihatan kucing," katanya.

Bagaimanapun katanya, bukan semua makanan yang dimakan manusia sesuai dengan kucing dan ia tidak boleh diberikan sewenang-wenangnya kepada si bulus.

Berikut adalah lima jenis sayur-sayuran yang sesuai diberikan kepada kucing anda.

1. Brokoli

Brokoli adalah sayuran yang dikenali sebagai makanan yang mempunyai kebaikan kerana ia sarat dengan antioksidan serta vitamin C, serat dan bioflavonoid yang dapat membantu menguatkan sistem imunisasi kucing.

Brokoli muda yang direbus sebentar sesuai diberikan kepada kucing atau dicampurkan dalam makanannya.

2. Lobak merah

Lobak merah mengandungi likopen dan antioksidan yang tinggi serta mampu menjadi pelindung si bulus daripada jenis kanser tertentu.

Seperti mana khasiatnya pada manusia, lobak merah mampu memberi perlindungan kepada kesihatan mata kucing dan memperlambatkan proses kehilangan penglihatan terutamanya apabila si bulus sudah semakin tua.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebaik-baiknya, potong lobak merah nipis-nipis dan merebusnya terlebih dahulu agar senang kucing mengunyahnya.

3. Sawi

Sawi mengandungi serat yang cukup baik untuk kucing tetapi kita perlu pastikan daunya segar agar ia dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada si bulus.

Bagi memudahkan kucing menikmati sayur sawi, cincang dan kukus selama seminit sebelum dicampurkan ke dalam makanannya.

4. Bok choy

Meskipun mempunyai rasa yang sedikit pahit, bok choy adalah antara pilihan yang baik untuk kucing anda. Khasiatnya dipercayai dapat memanjangkan usianya serta mencegah pelbagai penyakit seperti kanser.

5. Epal dan buah pir

Epal dan pir adalah buah-buahan yang baik untuk kucing tetapi jumlah yang diberikan perlu dijaga. Sekiranya ia diberi berlebihan, ia akan menyebabkan kucing menjadi aktif kerana kandungan gula yang terdapat di dalamnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain