suria

Jangan tak tahu... 5 benda dalam rumah anda akan pupus 10 tahun lagi!

Foto album antara benda yang bakal tinggal sejarah.

KEMAJUAN teknologi dalam dunia serba canggih hari ini memang cukup mengagumkan, malah adakalanya kita tidak mampu berfikir bagaimana sesuatu peralatan dapat dicipta menggantikan tugas pelbagai benda sekaligus!

Dari satu sudut ia memang memudahkan kehidupan manusia, namun disisi lain pelbagai kesan boleh berlaku disebabkan kemajuan teknologi seperti hilang peluang pekerjaan, manusia menjadi lebih malas dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu... Tak lama lagi 1 akaun WhatsApp boleh diakses 4 telefon sekaligus!

Kecanggihan teknologi ini juga akan membuatkan lima barang yang biasanya terdapat di dalam rumah akan lenyap dalam tempoh 10 tahun dan generasi akan datang tidak berpeluang mengenalinya.

1. Jam penggera

Sebelum kedatangan telefon pintar, jam penggera adalah benda paling penting yang diletakkan di tepi meja tidur bagi mengejutkan kita di waktu pagi.

Kini ramai sudah tidak menggunakannya memandangkan telefon turut dilengkapi dengan penggera. Oleh sebab itu, jam penggera dijangka lenyap daripada pandangan manusia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

2. Kabel wayar

Cuba pandang belakang televisyen anda, pasti berselirat dengan pelbagai wayar yang menyambungkan siaran kabel TV, pemain DVD, stereo dan sebagainya.

Tetapi kekusutan itu bakal lenyap tidak lama lagi dan akan menjadi satu sejarah buat generasi akan datang. Ini kerana, ramai orang sudah tidak tertarik dengan siaran kabel TV sebaliknya menukar kepada langganan penstriman seperti Netflix yang tidak memerlukan sebarang sambungan wayar.

3. Radio

Jika zaman dahulu setiap rumah pasti mempunyai sebuah radio atau mini compo yang saiznya cukup besar dan memakan ruang demi mendengar siaran kegemaran.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tetapi sekarang ini, ramai lebih gemar memilih menggunakan pembesar suara menggunakan bluetooth yang disambung terus kepada telefon pintar.

4. Pemain DVD

Sama nasibnya seperti radio, pemain DVD juga akan pupus tidak lama lagi memandangkan ramai lebih gemar menonton filem terus daripada platform penstriman yang lebih mudah dan cepat.

5. Foto album

Foto album menjadi salah satu benda yang akan menjadi peninggalan sejarah. Sejak kemunculan telefon pintar dengan kecanggihan pixel kameranya, orang lebih gemar mengambil foto dan menyimpannya dalam telefon tanpa perlu dicetak.

Selain telefon, pelbagai aplikasi yang dibangunkan untuk menyimpan gambar seperti iCloud atau pun dimuat naik ke media sosial masing-masing.

Tidak hairan, banyak kedai mencuci gambar juga sudah pupus dan hanya tinggal papan tanda.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain