suria

Tunggu... Tak lama lagi 1 akaun WhatsApp boleh diakses 4 telefon sekaligus!

Tidak lama lagi satu akaun WhatsApp boleh digunakan di empat buah telefon berbeza.

PENGGUNA WhatsApp biasanya hanya boleh menggunakan satu nombor untuk sebuah telefon sahaja, namun perkara itu bakal berubah dalam masa terdekat.

Ini kerana, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg memaklumkan selepas ini pengguna boleh menggunakan satu akaun WhatsApp di empat telefon berbeza dalam masa sama.

ARTIKEL BERKAITAN: WhatsApp perkenal ciri baharu, lenyapkan mesej menjengkelkan dari pandangan buat selamanya

Mark memberitahu ciri terbaharu ini sedang dalam peringkat pembinaan dan memerlukan sedikit waktu untuk disiapkan sebelum ia boleh diakses pengguna.

Antara cabarannya adalah halangan dari segi menghubungkan mesej diterima di semua peranti yang dihubungkan. Malah katanya, selepas ini ia bukan sahaja boleh dihubungkan menerusi telefon tetapi komputer riba, tablet dan komputer.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu ia mengambil masa bagi menyesuaikan sistemnya dengan pengguna telefon Android, iOS dan desktop.

Menariknya, ciri terbaharu ini nanti pengguna masih boleh menggunakan WhatsApp di telefon utama tanpa perlu menghubungkan dengan internet.

Sementara itu, Mark memberitahu pihaknya masih belum memutuskan bila ciri terbaharu itu akan dirasmikan namun berharap ia dapat dilancarkan sebelum penghujung tahun ini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain