suria

WhatsApp perkenal ciri baharu, lenyapkan mesej menjengkelkan dari pandangan buat selamanya

APLIKASI WhatsApp kini mempunyai ciri arkib perbualan yang membantu pengguna menyusun mesej diterima dengan lebih baik dalam memastikan peti masuk mesej mereka tersusun.

WABetaInfo melaporkan bahawa aplikasi milik Facebook ini mula melancarkan satu ciri baharu yang akan menyembunyikan semua perbualan anda yang tidak penting, menjengkelkan atau dirasakan 'mengganggu' buat selama-lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa akan jadi pada semua data digital kita selepas meninggal dunia? Kajian ini mungkin ada jawabnya!

Ketika ini, perbualan yang diarkibkan masih dapat diakses dengan pergi ke bahagian bawah skrin utama dan ia akan muncul di bahagian atas sebaik sahaja seseorang mendapat mesej baharu.

Kini, WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang akan menyembunyikan perbualan yang diarkibkan walaupun anda menerima mesej baharu.

Aplikasi itu telah mula melancarkan ciri yang dikenali sebagai New Archive di WhatsApp untuk Android 2.21.11.1. dan ciri ini akan menyimpan semua perbualan yang diarkibkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia juga akan mematikan semua notifikasi mesej masuk yang mungkin anda terima dalam aplikasi itu.

Jika anda pengguna Android, anda boleh akses kepada ciri terbaharu ini dengan mengikut langkah ini; Settings > Chats > Keeps chats archived.

Apabila anda menghidupkan butang ini, semua sembang yang diarkibkan akan dikeluarkan dari pandangan anda untuk selama-lamanya. Jika anda tidak mahu menggunakan bahagian ini, anda boleh menukarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain