suria

Bukan sahaja menyelamatkan nyawa, ada 5 manfaat derma darah kepada penderma

Menderma darah mempunyai pelbagai kebaikan kepada penderma.

SETIAP hari terdapat ribuan orang yang memerlukan darah dan sebab itu kita digalakkan untuk menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa banyak orang.

Ia bukan sahaja perbuatan yang mulia, tetapi tahukah anda terdapat pelbagai manfaat menderma darah untuk kesihatan penderma.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa akan jadi pada semua data digital kita selepas meninggal dunia? Kajian ini mungkin ada jawabnya!

Berikut adalah lima manfaat menderma darah yang perlu anda tahu.

1. Mengesan masalah kesihatan

Sebelum menderma darah, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Meskipun ia bukan pemeriksaan menyeluruh tetapi setidak-tidaknya ia dapat membantu mengesan sebarang masalah kesihatan yang mungkin tidak kita ketahui.

Pemeriksaan itu umumnya akan memeriksa tekanan darah, suhu badan, degupan jantung dan kadar hemoglobin dalam darah. Jika ia menunjukkan terdapat sebarang maslah, maka individu itu tidak sesuai menderma darah.



Menderma darah boleh menjaga kesihatan jantung.

2. Rasa lebih sihat

Ada yang mengatakan bahawa menderma darah boleh membakar 650 kalori. Namun tiada bukti ilmiah yang menyokong kepada dakwaan tersebut.

Tetapi, ramai penderma darah memberitahu, setiap kali selepas menderma darah, mereka akan berasa lebih sihat dan bertenaga yang membuatkan mereka kembali menderma darah.

3. Mengurangkan kadar zat besi bagi penderita hemochromatosis

Individu dengan masalah hemochromatosis memiliki terlalu banyak zat besi dalam darah sekaligus mempengaruhi fungsi pelbagai organ vital tubuh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menderma darah adalah salah satu bentuk rawatan paling baik untuk golongan ini sekaligus dapat membantu golongan memerlukan.

4. Menjaga kesihatan jantung

Kajian pada tahun 2019 yang meneliti data daripada 160,000 wanita yang mendermakan darah selama 10 tahun mendapati menderma darah memberi perlindungan jangka panjang kepada kesihatan kardiovaskular.

5. Mengawal tekanan darah

Beberapa kajian mendapati bahawa menderma darah dapat menurunkan tekanan darah dan mengawalnya agar sentiasa berada dalam keadaan normal.

Berikut adalah senarai pusat derma darah dan lokasi derma darah bergerak di Lembah Klang yang dikeluarkan oleh Pusat Darah Negara boleh didapati di sini.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain