suria

Lelaki berwajah lebar dan panjang lebih cenderung berlaku curang, benarkah?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seorang lelaki itu bersikap curang.

MENURUT anda apakah faktor yang mempengaruhi seorang lelaki itu bersikap curang terhadap pasangannya?

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal berjudul Archives of Sexual Behavior menjelaskan lelaki dengan nisbah kelebaran dan kepanjangan wajah atau disebut FWHR mungkin memiliki dorongan seksual lebih besar dan berisiko untuk berlaku curang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 5 tanda anda mungkin obses dengan pasangan

Kajian yang dilakukan pada 2017 itu merupakan kombinasi dua penyelidikan daripada Northern Ontario School of Medicine dan Universiti Ottawa.

Kajian pertama melibatkan 145 koresponden (69 lelaki dan 76 perempuan) yang juga penuntut universiti dan sedang berpasangan atau sudah berkahwin.

Dimensi wajah mereka juga diukur menerusi gambar yang disertakan selain kesemua koresponden perlu mengisi borang kaji selidik tentang dorongan seksual mereka.

Penyelidik mengira FWHR dengan membahagikan kelebaran bi-zigomatik wajah dengan kepanjangan wajah bahagian atas iaitu jarak di antara bibir atas dengan bulu kening.



Struktur wajah seorang lelaki boleh menceritakan dorongan seksualnya.

Kajian itu mendapati bahawa lelaki dan wanita yang memiliki FWHR yang lebih tinggi cenderung mempunyai dorongan seksual lebih tinggi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Forbes pula melaporkan kajian kedua dibuat ke atas 314 koresponden (43 peratus adalah lelaki) dan keputusannya selari dengan apa telah dilakukan oleh kajian pertama.

Persoalannya apa hubungan di antara dimensi wajah seseorang dengan dorongan seksual dan kecenderungan bersikap curang? Penyelidik memberitahu struktur wajah merupakan tanda paparan hormon yang berkembang sejak kecil.

Menerusi beberapa kajian terdahulu, paparan yang lebih banyak terhadap androgen (hormon seksual seperti testosteron) dapat menyebabkan sikap dan perilaku lebih agresif dan dominan.

Dengan kata lain, wajah yang lebih lebar mungkin merupakan tanda bahawa seseorang memiliki lebih banyak paparan terhadap androgen yang membuatkan dorongan seks lebih besar dan mungkin akan bersikap curang.

Tetapi apakah kajian tersebut benar-benar sahih? Apakah seseorang dapat mengetahui dorongan seksual dan kesetiaan pasangan hanya daripada wajahnya?

Ia tidak membuktikan 100 peratus kerana sikap dan dorongan seseorang masih bergantung kepada pelbagai faktor lain, malah menerusi kajian itu sampelnya juga dalam relatif yang kecil.

Masih ada kemungkinan besar orang dengan wajah yang lebar tidak bersikap curang dan dorongan seksual mereka juga pada tahap biasa.

Faktor kejujuran dalam menjawab soal kaji selidik juga boleh dipertikaikan terutamanya apabila berkaitan hal berkaitan seksual.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak