suria

Tak payah ke Jepun... Jonetz by Don Don Donki kini di Malaysia!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merasmikan pembukaan JONETZ by DON DON DONKI yang terletak di Lot 10, Bukit Bintang.

PADA yang pernah melancong ke Jepun, antara destinasi wajib dikunjungi sudah tentu pasar raya DON DON DONKI yang menjual pelbagai barangan seperti kelengkapan rumah, kosmetik, makanan dan sebagainya.

Berita baik buat penggemar produk daripada pasar raya itu, cawangan pertamanya di Malaysia sudah pun dibuka kepada orang ramai sejak 19 Mac lalu di Lot 10, Bukit Bintang tetapi menggunakan nama JONETZ by DON DON DONKI.

ARTIKEL BERKAITAN: Cecah RM280 juta! Patutlah termahal di dunia, 4 kereta ini ada sejarah tersendiri

Tidak seperti di Jepun, cawangan di Kuala Lumpur menampilkan format gedung berbeza dengan menawarkan lebih 5,000 produk buatan Jepun yang dipilih dengan teliti termasuk jenamanya tersendiri iaitu Jonetsu Kakaku yang bermaksud passionate price.

Malah produk-produk di gedung itu adalah khusus menjual barangan buatan Jepun dan barangan yang diperbuat untuk pasaran Jepun pada harga yang berpatutan.

Pengalaman beli-belah di JONETZ by DON DON DONKI baru-baru ini memang cukup seronok, mana tidaknya, pasar raya itu berkeluasan 23,476 meter persegi serta merangkumi tiga tingkat yang membuatkan rambang mata!



Pelbagai barangan dari Jepun boleh didapati di gedung ini.

Seperti cawangan lain di seluruh dunia, gedung ini juga menempatkan pelbagai produk Jepun seperti makanan ringan, barangan runcit, kosmetik, produk kecantikan, makanan, keperluan isi rumah dan banyak lagi.

Paling penting bagi pelanggan beragama Islam, JONETZ by DON DON DONKI juga menawarkan pelbagai barangan halal malah terdapat bahagian khusus untuk daging lembu termasuk pelbagai daging lembu Wagyu dan BBQ Jepun yang diperolehi dari kilang yang disahkan halal.

Sudah tentu yang menjadi tumpuan adalah buah-buahan bermusim popular, ia boleh didapati di sini selain seksyen RM5 yang bakal menjadi perhatian dengan pelbagai barangan menarik.

Apa barangan menarik yang boleh didapati ketika berkunjung ke JONETZ by DON DON DONKI?

1. Level G - Keperluan isi rumah

* Pelbagai barangan keperluan isi rumah termasuk barangan Jonetsu Kakaku

* Jonetsu Kakaku organic sweet chestnut (buah berangan manis)

* Jonetsu Kakaku almond (badam) & snek ikan bilis kering



Daging lembu dan wagyu yang dijual adalah halal.

2. Level 1 - Barangan segar, keperluan dapur

* Halal Japan Wagyu

* Jonetsu Kakaku Drip Pack Coffee – Kopi terlaris di Jepun

* Baked Sweet Potato (Yaki-Imo) – (Keluaran istimewa Donki yang mengandungi Vitamin A, C dan serta yang bagus untuk pesakit diabetes, obesiti dan darah tinggi)

* Sushi & Delica – sushi, bento, sashimi dan banyak lagi

Dessert – Mille Crepe, Cream Daifuku, mochi dan banyak lagi

3. Level - Kecantikan dan produk kecantikan, kelengkapan rumah

*Jonetsu Kakaku Hatomugi Skin Lotion

*Jonetsu Kakaku Horse Oil Shampoo EX & Conditioner EX

* Produk terkenal seperti DHC dan K-palette turut dijual di sini

* Kaunter kosmetik

* Perkakasan dan kelengkapan rumah



Rambang mata... Semua barangan yang dijual adalah dengan harga berpatutan.

Bersempena pembukaan gedung itu di Kuala Lumpur, JONETZ by DON DON DONKI menawarkan pelbagai promosi menarik termasuklah; Tote bag Donpen percuma dengan pembelian bernilai RM200, harga menarik strawberi dan oren mandarin dari Jepun dan harga rendah barangan Jonetsu Kakaku dari serendah RM5.

JONETZ by DON DON DONKI adalah milik Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn. Bhd., subsidiari luar negara Pan Pacific International Holdings Corporation dan gedung itu turut mempunyai cawangan di Singapura, Thailand, Hong kong dan Taiwan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain