suria

Ringan macam sehelai kertas! MatePad Pro tampil dengan penuh gaya, banyak ciri istimewa

MatePad Pro tampil dengan pelbagai ciri dan fungsi sesuai dengan kehendak pengguna generasi muda.

BELUM reda keghairahan terhadap komputer riba MateBook X Pro, Huawei melancarkan pula MatePad Pro yang lebih sofisikated dan mempunyai pelbagai fungsi canggih sesuai dengan gaya hidup terkini.

Ia bukan sekadar Pad biasanya, sebaliknya Huawei menampilkan pelbagai fungsi dan ciri khas bagi membolehkan pengguna merasai pengalaman sebenar menggunakan tablet.

Mengambil inspirasi alam, MatePad Pro didatangkan dengan warna kelabu 'Midnight Gray' dan putih 'Pearl White' yang dilapisi dengan gentian kaca berkilauan bagi melengkapkan gaya si pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN: Fotografi dan penyambungan terbaik, anda kini boleh miliki dua siri Huawei P40 pada satu harga!

Reka bentuknya pula cukup canggih dan ada kelas! Tabletnya juga cukup ringan umpama sehelai kertas bagi membolehkan pengguna mudah mengendalikannya.

Itu baharu mengenai reka bentuknya - tetapi ciri dan fungsinya cukup mengagumkan apatah lagi ia dilengkapi dengan Chipset Kirin 990, RAM8GB, simpanan dalaman sehingga 256GB serta ketahanan bateri 7250mAh (typical)Lithium polymer untuk kegunaan lebih lama.

Papan kekunci magnet serta M-Pencil melengkapkan gaya MatePad Pro.

Jika itu masih tidak cukup, MatePad Pro didatangkan dengan skrin 10.8 inci dengan paparan IPS 2,560 x 1,600 selain kamera dengan 8MP (kamera hadapan) dan 13MP (kamera belakang) yang kedua-duanya dilengkapi dengan auto fokus.

Kecanggihan kameranya cukup esuai dengan situasi sekarang yang memerlukan kita bekerja dari rumah dan mengadakan mesyuarat secara sidang video.

Dari segi cirinya pula, MatePad Pro didatangkan dengan empat pembesar suara dan empat saluran selain lima mikrofon yang dengan kebolehan fungsi mengurangkan pencemaran bunyi dan tuning harman/kardon.

Ia dapat memberi kesan bunyi luar biasa kepada pengguna, hebat bukan?

Antara perisian lain yang ada pada MatePad Pro termasuklah Multi-screen Collaboration, HUAWEI APP Multiplier Multi-Window, Nebo for Huawei dan WPS.

MatePad Pro turut didatangkan dengan pengecas, Type-C data cable, 3.5 mm headset jack dan Eject pin dengan setiap pembelian.

Bagi yang ingin merasai pengalaman luar biasa ketika menggunakan tablet itu, anda juga boleh dapatkan aksesori seperti Smart Magnetic Keyboard, M-Pencil, Folio Cover dan Sleeve.

Sudah pun berada di pasaran Malaysia sejak 16 Mei 2020 lalu, MatePad Pro dijual pada harga RM2,399.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Huawei, MatePad Pro, Gajet, Tablet, Isuke

Artikel Lain