suria

Sekumpulan pelajar cipta sejadah anti-korona... “Usaha cari jalan keluar permasalahan soal ibadat”

Pelajar memegang sejadah yang dihasilkan.

SEKUMPULAN pelajar di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Muhammadiyah 5 Pucang di Surabaya mengambil inisiatif menghasikan sejadah Anti-Korona (Sajana) dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di masjid dan surau.

Sejadah itu diperbuat menggunakan bahan plastik dan perlak (material umpama tikar getah) ini cukup mudah dibersihkan dengan cecair anti bakteria sekiranya tercemar dengan virus atau pun bakteria.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa semakin peka pendidikan anak-anak... 'Know It All Box' bantu rangsang perkembangan kanak-kanak di usia awal

Namun menariknya mengenai tikar sembahyang itu, warna padanya tidak akan tertanggal meskipun dicuci menggunakan cecair anti bakteria berulang kali kerana ia menggunakan cat khusus.

Produk itu dihasilkan dengan bertujuan untuk memudahkan umat Islam agar dapat beribadah ketika dunia masih diselubungi pandemik Covid-19.

Sajana tampil dengan pelbagai rekaan dan warna sebagai penarik dengan ukuran 60 X 120 cm.



Pelajar menghasilkan sendiri rekaan pada sejadah.

Sementara itu, bagi mengingatkan masyarakat dan pengguna sejadah itu, ia turut tertera tulisan 'Sesudah Solat, Sila Bersihkan' selain peringatan 'Sila Pakai Masker, Cuci Tangan Dengan Sabun dan Jaga Jarak Sosial' pada sejadah.

"Penghasilan sejadah ini diharap dapat memberi kebaikan kepada umat Islam dalam menjalankan ibadah serta membuka ruang ekonomi dalam kalangan pelajar dalam situasi sukar ketika ini.

"Idea ini 100 peratus daripada pelajar yang bukan sahaja terkesan oleh pandemik tetapi mahu mencari jalan keluar kepada beberapa permasalahan yang berlaku khususnya dalam soal ibadat umat Islam.

"Saya rasa usaha ini satu permulaan yang baik dan ideanya juga menarik dalam kita berjaga-jaga terutamanya ketika solat di surau atau masjid," kata guru yang mengetuai projek itu, Wardatul Ummah.

Sehingga kini, sejadah itu sudah pun mendapat perhatian di Indonesia dan dijangka akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak untuk kegunaan Ramadan dan Aidilfitri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain