suria

Bertemu jodoh di Zoo Negara, 2 pasangan mempelai dirai bersama haiwan liar!... Khabarnya lebih ramai pengantin dapat rasai momen itu

Kaki tangan Zoo Negara (dari kanan) Mohamad Rafiq Syafiq dan isteri Nursyahidah, Mustaza Syirin dan suami Mohd Hafizi bergambar bersama harimau.

BAYANGKAN majlis perkahwinan impian anda diadakan di dalam sebuah dewan yang elegan namun apabila menuju ke pintu keluar, haiwan seperti harimau, zebra, panda dan penguin Malaya menanti anda!

Itulah yang berlaku kepada pasangan pengantin baharu ini yang juga pekerja di Zoo Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru pendidikan khas terkejut dapat kereta Mustang, anggap makbul doa anak syurga

Mereka bukan sahaja cintakan haiwan tetapi penjaga zoo, Mohd Hafizi Azahari, 29 dan pegawai veterinar, Mustaza Syirin Mustafa, 30 melangsungkan perkahwinan mereka di Zoo Negara selepas tiga tahun menyulam cinta.



Pasangan ini bertemu jodoh ditempat kerja.

Pasangan itu diraikan menerusi pakej perkahwinan yang bakal dibuka kepada orang awam selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Kami bersyukur dan berasa bertuah kerana tidak berkesempatan untuk mengadakan majlis kenduri selepas bernikah pada 6 Mac lalu," kata Mustaza Syirin.

Sementara itu, turut diraikan adalah dua lagi kaki tangan Zoo Negara iaitu pegawai khidmat pelanggan, Mohamad Rafiq Syafiq Mohamad Salehudin, 27, dan pegawai zoologi Nursyahidah Ismail, 25, yang berkenalan sejak dua tahun lalu.

Pasangan itu juga tidak sempat mengadakan majlis resepsi selepas bernikah pada 27 Mac dan mengambil peluang selepas ketua Nursyahidah, Dr Mat Naim Ramli mengutarakan idea menganjurkan resepsi di tempat kerja mereka.



Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana (kiri) dan Pengarah Zoologi, Dr Mat Naim Ramli ( kanan) bergambar bersama pengantin.

"Meraikan hari bahagia kami di zoo adalah unik dan sesi bergambar juga berlainan daripada biasa," kata Nursyahidah.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, majlis perkahwinan adalah antara inisiatif pihaknya menjana pendapatan tambahan.

Rosly@Rahmat turut memberi penghargaan kepada Dr Mat Naim yang juga Pengarah Pusat Pemuliharaan Giant Panda kerana melontarkan idea itu.

"Kami pernah menganjurkan perkahwinan di zoo tetapi responsnya kurang baik selain kos yang tinggi dan ia dihentikan sebelum ini," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain