Autisme bukan penghalang aktif sukan mendaki... “Saya nak takluk Everest!” - Figura | mStar

Autisme bukan penghalang aktif sukan mendaki... “Saya nak takluk Everest!”

Mohd Syafiq Rosdin bergambar kenangan di puncak Gunung Marapi (kiri) dan Gunung Kerinci yang didakinya tahun lalu. Foto FACEBOOK MOHD SYAFIQ ROSDIN

"SAYA nak takluk puncak Gunung Everest suatu hari nanti".

Itu kata-kata Mohd Syafiq Rosdin ketika bercakap mengenai minatnya terhadap sukan lasak mendaki bukit dan gunung sejak empat tahun lalu.

Di sebalik semangatnya yang membara itu, tiada siapa menyangka pemuda berusia 32 tahun itu dilahirkan dengan sindrom autisme.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka berat jejaka sado ini pernah cecah 115kg - “Nak urus badan pun perlu ada ilmu...”

Namun bagi Syafiq, dia tidak pernah sekali pun melihat kekurangan yang ada pada dirinya sebagai halangan untuk menggapai impian menakluk puncak tertinggi dunia itu suatu hari nanti.

Malah katanya, dia giat mempersiapkan diri dengan menyertai ekspidisi menawan pelbagai puncak di Malaysia serta luar negara agar berada dalam keadaan bersedia sekiranya mendapat peluang mendaki Gunung Everest.

Mohd Syafiq bersama teman-teman pendaki di puncak Gunung Marapi.

"Kali pertama saya mendaki adalah di Bukit Melati, Nilai... Ketika itu saya mendaki hanya sekadar suka-suka untuk menenangkan fikiran namun tidak sangka saya terus jatuh hati dengan aktiviti itu.

"Sejak itu, saya sering mendaki Bukit Melati sebelum mula terjebak mendaki ke tempat lain pula selepas berjumpa dengan 'geng' yang gemarkan aktiviti sama," katanya kepada mStar.

Sudah tawan Gunung Kerinci dan Gunung Marapi di Indonesia

Bercerita lanjut mengenai hobinya itu, Mohd Syafiq berkata, 2019 mencipta pelbagai kenangan manis buatnya apabila dia berjaya menakluk gunung tertinggi di Sumatera, Indonesia dengan ketinggian 3,805 meter iaitu Gunung Kerinci pada September tahun lalu.

Meskipun pelbagai dugaan untuk sampai ke puncak gunung, Mohd Syafiq bagaimanapun berkata, ia adalah pengalaman terbaik yang banyak mengajarnya tentang realiti dan kepayahan mendaki gunung yang sebenar.

"Alhamdulillah salah satu impian sudah saya laksanakan tahun lalu dan ia membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk terus menakluk lebih banyak gunung selepas ini," katanya.

Mohd Syafiq kini giat berlatih sebagai persediaan mendaki Gunung Kinabalu tidak lama lagi. 

Pemergian Mohd Syafiq ke sana bersama MPN Hikers dan Malaysia Autism Foundation.

Tidak terhenti di situ, Mohd Syafiq juga turut menakluki Gunung Marapi iaitu gunung paling aktif di Indonesia berketinggian 2,891 meter buat kali kedua selepas pertama kali pada Januari 2019.

"Pada awalnya memang ada rasa bimbang kerana ia antara gunung yang mencabar untuk didaki. Bagaimanapun, Alhamdulillah saya mempunyai sokongan sangat kuat daripada rakan-rakan pendaki.

"Semangat tolong menolong dan setia kawan membuatkan saya tidak berputus asa untuk sampai ke puncak walaupun laluannya mencabar.

"Ia juga sebagai satu latihan kerana cabaran di Gunung Merapi dan Kerinci tidak seberapa berbanding puncak Everest," katanya penuh semangat.

Aktiviti mendaki gunung memberi kepuasan luar biasa kepada Mohd Syafiq. 

Sepanjang tahun lalu, Mohd Syafiq turut menakluk beberapa puncak lain termasuklah Gunung Besar Hantu dan Gunung Datuk di Negeri Sembilan; Gunung Santubong, Sarawak; Gunung Angsi, Negeri Sembilan (melalui Bukit Putus dan Ulu Bendul) dan Gunung 3 Negeri (sempadan negeri Kelantan, Pahang dan Perak)..

Mohd Syafiq bukan caleng-caleng, pemegang ijazah!

Mohd Syafiq memberitahu autisme tidak pernah menghalangnya untuk mencabar potensi diri, malah dia sentiasa mencari ruang untuk membuktikan dia juga mampu berdikari dan menjalani kehidupan normal sebaik mungkin.

Buktinya, pada 2017, anak kelahiran Negeri Sembilan ini berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik dari Management & Science University (MSU).

"Saya tidak pernah menganggap diri saya berbeza daripada orang lain dan mahu buktikan saya mampu lakukan perkara yang orang fikir saya tak boleh lakukan.

"Jujurnya ia bukan perjalanan mudah namun saya sering beritahu diri agar tidak berputus asa dan Alhamdulillah saya berjaya buat keluarga bangga," ujarnya.

Mohd Syafiq kini mempunyai ramai kenalan yang turut meminati sukan lasak mendaki.

Meskipun tidak bekerja dalam bidang berkaitan sejak menamatkan pengajian, Mohd Syafiq kini bertugas sebagai pengurus di sebuah butik yang menjual peralatan pendakian iaitu Moru Sdn. Bhd.

"Ia pengalaman baharu kerana saya dapat mempelajari bidang lain termasuk berhadapan dengan pelanggan dan memenuhi permintaan mereka.

"Saya juga belajar bagaimana menguruskan sebuah butik termasuk memastikan stok barang sentiasa ada selain melakukan promosi di media sosial," jelasnya.

Memasuki dekad baharu, Mohd Syafiq memberitahu selain sibuk dengan tugasnya di butik, dia kini giat menjalani latihan sebagai persediaan untuk mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.

Namun sebelum itu katanya, dia bersama rakan pendaki lain akan menawan Gunung Ledang terlebih dahulu sebelum bergangkat ke Kota Kinabalu, Sabah tidak lama lagi.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain