suria

Bekas jurutera gigih kayuh basikal, mahu capai misi menggembara ke 100 negara

Jacky mengembara ke seluruh dunia dengan mengayuh basikal. - AFP

KIRA-KIRA empat tahun lalu Jacky Chen melakukan cabaran baharu selepas berhenti kerja sebagai jurutera elektronik demi mengejar impiannya berbasikal ke seluruh dunia.

Lelaki warga Taiwan berusia 40 tahun itu sudah menjejaki Amerika Syarikat (AS), Eropah dan sebahagian daripada negara Timur Barat.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani mencuba! Itu tip kerjaya di lapangan, "Saya terpaksa makan daging ikan paus" - Pengarah Seni Nat Geo Asia

Dia hanya memacakkan khemah untuk berehat atau mencari tempat penginapan percuma melalui aplikasi Couchsurfing.

Baru-baru ini, Chen telah ke Baitulmuqaddis sebelum merancang perjalanan seterusnya dengan mengayuh basikal merak dan hitam Merida Wolf 3 miliknya.

Jacky Chen selesa tidak membuat kajian sebelum ke sesebuah destinasi. - AFP

"Ini adalah satu pengembaraan," jelas Chen tentang tujuannya melakukan cabaran itu.

Setakat ini, lelaki tersebut sudah berbasikal ke 64 negara dan sejauh 54,000 kilometer (km).

Beliau berharap untuk berkelana ke 100 negara dan mengayuh basikal sejauh 100,000km sebelum menamatkan cabaran itu dalam tempoh tiga tahun lagi.

Kata Chen, dia tidak melakukan terlalu banyak kajian sebelum ke destinasi yang hendak dituju kerana enggan mempengaruhi tanggapan awalnya tentang lokasi tersebut.

Ini adalah satu pengembaraan.

JACKY CHEN

Antara detik paling sukar yang dialami Chen adalah ketika berbasikal dalam musim salji.

Bercerita tentang aspek keselamatan pula, lelaki ini berkata risiko bahaya berbasikal di samping kenderaan seperti lori dan kereta pula hanyalah sedikit dan tidak begitu membimbangkan.

Chen memulakan pengembaraannya di Alaska, AS dan kemudian melawat Machu Picchu di Peru dan Paris di Perancis serta kini menuju ke Jordan sebelum merentasi Mesir dan berbasikal ke benua Afrika.

Selepas itu, bekas jurutera tersebut akan menuju ke Asia bagi melengkapkan misinya. - AFP Relaxnews/Star2

Jacky Chen, berbasikal

Artikel Lain