SALAH satu momen terindah bagi ibu bapa adalah melihat perkembangan anak, termasuk hari pertama mereka memasuki alam persekolahan.
Selain persediaan emosi dan mental, ibu bapa juga perlu memberi perhatian kepada persiapan fizikal bagi memastikan anak-anak selesa dan bersedia pada hari pertama mereka di sekolah.
Persiapan yang rapi juga dapat membantu mengurangkan kejadian anak menangis pada hari atau minggu pertama sekolah, yang sering berlaku akibat perasaan cemas dan tidak biasa dengan persekitaran baharu.
Berikut beberapa langkah penting yang boleh dilakukan ibu bapa untuk membantu anak bersedia:
1. Pilih barang sekolah yang praktikal
Tidak perlu membeli barang sekolah yang mahal, terutama untuk peralatan seperti botol air dan alat tulis.
Anak-anak masih dalam proses belajar menjaga barang mereka, jadi lebih baik memilih barangan yang harga berpatutan dan mudah diganti jika hilang.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membuatkan anak berasa bersedia ke sekolah.
2. Ajar cara menggunakan tandas di sekolah
Di rumah, anak-anak bebas ke tandas pada bila-bila masa tetapi di sekolah mereka perlu meminta kebenaran daripada guru.
Latih anak supaya berani meminta izin dengan cara yang betul.
3. Biasakan anak tidur awal
Waktu persekolahan biasanya bermula awal pagi, jadi pastikan anak-anak mendapat tidur yang cukup.
Latih anak-anak tidur lebih awal, sekitar pukul 10 malam untuk memastikan mereka segar dan tidak mengantuk di sekolah.
4. Jaga kebersihan diri anak
Pastikan anak-anak memakai pakaian yang bersih dan kemas selain memotong kuku mereka secara berkala supaya sentiasa rapi dan bersih.
Kaedah menampal sticker boleh mengelakkan daripada barang anak hilang.
5. Label semua barangan sekolah
Barangan seperti alat tulis, botol air, kasut, stoking, pakaian sukan dan beg sekolah mudah tertukar atau hilang.
Oleh itu, labelkan semua barangan anak dengan nama mereka untuk mengelakkan kekeliruan.
Dulu, ibu bapa menulis nama menggunakan pen marker atau menjahit nama pada pakaian.
Kini, terdapat cara yang lebih moden dan mudah, seperti penggunaan sticker nama yang boleh diseterika atau heat press pada fabrik.
Kaedah ini turut diperkenalkan oleh syarikat percetakan seperti The Gubus yang menawarkan pelekat nama yang sesuai untuk pakaian, beg, apron, dan pelbagai jenis material fabrik.
Justeru, dengan persiapan yang rapi, ibu bapa dapat membantu anak-anak menghadapi alam persekolahan dengan lebih yakin dan selesa.