suria

Alamak, lagu viral ‘melekat’ dalam kepala! Lakukan 4 perkara ini jika terkena igauan ‘earworms’

Earworms boleh mengganggu fokus untuk melakukan kerja. -Gambar hiasan

MENJELANG Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, banyak lagu-lagu raya mula disiarkan di radio dan pusat beli-belah

Lagu Alamak Raya Lagi nyanyian kumpulan De Fam merupakan antara lagu raya baharu yang menjadi trending dan siulan ramai sejak kebelakangan ini.

Namun sedar atau tidak, ramai dalam kalangan kita yang berdepan situasi di mana lirik dan melodi sesuatu lagu itu 'melekat' di fikiran untuk tempoh masa tertentu.

Menurut Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di laman X, situasi tersebut dikenali sebagai earworms (cacing telinga).

A women driving while using a mobile phone. Traffice police will strictly enforce the law againtsmotorists caught using their handphone while driving.(17/7/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Lagu-lagu raya yang dimainkan di radio boleh menyebabkan berlaku situasi earworms. -Gambar hiasan

Sebagaimana dijelaskan PHM, earworms adalah satu keadaan apabila lagu yang sudah tidak dimainkan itu tetap didengari secara berulang kali dalam kepala anda.

Walaupun majoriti individu tidak menganggap ia sebagai satu masalah, tetapi sedikit sebanyak situasi berkenaan boleh menyebabkan anda kurang fokus.

Terdapat empat tip boleh dilakukan untuk menghentikan situasi earworms daripada terus berlanjutan.

1. Dengar keseluruhan lagu

Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu yang 'terperangkap pada gelung' dalam kepala anda.

2. Tambah variasi lagu dalam fikiran

Fikirkan atau dengar lagu lain yang lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan.

Selain itu, berzikir juga mampu membantu.

Nikmati keseluruhan lagu untuk menghilangkan earworms. -Gambar hiasan

3. Abaikan

Cuba untuk tidak memikirkan lagu tersebut dan biarkan ia lenyap secara semula jadi dengan sendirinya.

4. Sibukkan diri

Lakukan aktiviti lain yang boleh membuatkan tumpuan anda beralih daripada memikirkan lagu berkenaan.

Kata PHM lagi, situasi berkenaan boleh menyebabkan masalah lain seperti gangguan obsesif-kompulsif (OCD), sindrom psikotik, sakit kepala, migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis.

Tambahnya, kebanyakan kes Earworms adalah tidak serius. Ia berkemungkinan sebahagian daripada proses kreativiti otak anda.

Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pakar sekiranya masalah berlanjutan lebih 24 jam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain