MUNGKIN anda menganggap berbincang tentang kentut dan jenis angin yang dilepaskan menerusi dubur sebagai kotor dan menjijikkan. Sebenarnya, ia merupakan salah satu cara untuk anda mengesan awal status kesihatan diri terutama melibatkan bahagian usus dan perut. Menurut pakar gastroenterologi di Hospital Benenden United Kingdom, Dr Philip Mayhead, kepelbagaian jenis kentut boleh membawa maksud berbeza pada tubuh seseorang. Malah katanya, salah satu daripadanya mungkin menjadi tanda kepada punca kanser. Ini lima jenis kentut yang perlu anda kenal pasti sekali gus mengetahui serba sedikit tahap kesihatan badan. Kentut juga boleh disebabkan masalah kembung perut. 1. Kentut berbau busuk Bau telur busuk yang terhasil apabila anda kentut sebenarnya disebabkan oleh sebatian yang mengandungi sulfur yang dihasilkan semasa penghadaman. Jika kentut sering berbau busuk, anda perlu berhenti mengambil makanan yang tinggi kandungan sulfur seperti brokoli, kobis dan pucuk Brussels. "Kadangkala, apabila kentut anda benar-benar berbau busuk, ia adalah hasil koloni bakteria usus yang menghasilkan gas seperti karbon dioksida, hidrogen dan metana," katanya. 2. Kembung perut yang berlebihan atau kentut berkaitan kembung Jika anda kentut agak banyak atau mendapati perut sering kembung, ini boleh menjadi petanda serius bahawa anda menghidapi sindrom usus besar (IBS) atau masalah laktosa tidak bertoleransi. "Bagi individu yang mempunyai intoleransi laktosa, musim perayaan Krismas kali ini mungkin membawa cabaran tambahan, kerana menikmati hidangan seperti coklat boleh membawa kepada gejala yang tidak selesa. Hanya perlu lebih berhati-hati," jelasnya. Bau kentut juga dapat menunjukkan masalah kesihatan. 3. Kentut tidak berbau Sesetengah individu berasa lega kerana kentut yang dihasilkan tidak berbau. Ia mungkin disebabkan anda telah 'menelan' udara semasa makan atau minum kerana kentut ini biasanya terdiri daripada nitrogen, oksigen, karbon dioksida, dan sejumlah kecil gas lain. 4. Kentut 'panas' Dr Mayhead berkata, gas jenis ini berlaku akibat daripada makan makanan yang tinggi kandungan capsaicin seperti cili atau rempah ratus. "Mungkin lebih baik untuk mengelakkan bahan-bahan yang membawa haba secara literal." 5. Kentut biasa Kentut dalam kuantiti yang kecil adalah normal dan hanya hasil sampingan semula jadi daripada penghadaman. "Apabila anda makan, anda menelan udara dan bakteria usus menghasilkan gas semasa mereka memecahkan makanan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube