suria

Tak perlu angkut tilam kuning, berbau hancing! DIY pencuci dengan bahan dapur, kesan kotoran terus hilang... Rumah pun turut wangi

Tilam kembali 'baru' selepas melakukan teknik ini.

PARA ibu yang mempunyai bayi mahupun anak kecil pasti tidak dapat lari daripada masalah tilam busuk serta kesan kotor yang tidak mampu dihilangkan dengan cucian biasa.

Lebih merungsingkan apabila pelbagai tip, petua dan produk jenama mahal yang disyorkan oleh rakan-rakan tidak membantu.

Bagi anda yang mengalami situasi berkenaan, bolehlah mencuba tip daripada Homemade Tricks ini.

Bukan sahaja mudah, malah masa mencuci juga tidak lama.

Paling penting, tilam lama akan kelihatan seperti baru.

Kesan kotoran pada tilam boleh ditanggalkan dengan mudah.

Kesan kotoran pada tilam boleh ditanggalkan dengan mudah.

Cara-cara:

1. Sediakan satu bekas besar

2. Masukkan satu cawan pencuci lantai bersama satu cawan sabun cuci pakaian jenis cecair

3. Tambahkan juga satu cawan pewangi pakaian supaya dapat mewangikan bahagian dicuci.

4. Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul sebati.

Rendamkan tuala bersih ke dalam larutan tadi sehingga lembab sepenuhnya sebelum mula menggosok tilam.

Rendam tuala bersih ke dalam larutan tadi sehingga basah sepenuhnya sebelum mula menggosok tilam.

5. Ambil tuala kecil yang bersih dan celup ke dalam sebatian tadi

6. Kemudian balutkan tuala tadi pada penutup periuk yang mempunyai tangkai dan gosokkan pada kawasan tilam yang kotor.

7. Ulang langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga kesan kotor tidak kelihatan.

Lebihan cecair campuran tadi boleh dimasukkan ke dalam botol semburan dan tambahkan cuka bersama bunga cengkih.

Anda boleh semburkannya pada langsir, sofa mahupun karpet supaya rumah kekal berbau wangi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain