suria

Awas kalau anda suka tahan berak! Masalah sembelit mungkin berpanjangan, boleh bawa maut

Menahan diri daripada membuang air besar akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. -Gambar hiasan

BERADA di luar rumah menyebabkan sesetengah individu cenderung untuk menahan diri daripada membuang air besar.

Awas jika anda sering melakukannya kerana tabiat tersebut boleh mempengaruhi tahap kesihatan sehingga menyebabkan komplikasi jangka panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk atau mencangkung? Ketahui posisi terbaik ketika membuang air besar

Mana tidaknya, najis yang tidak dibuang akan berkumpul dan menyebabkan anda mengalami sembelit.

Berdasarkan kajian pada 2015, amalan tersebut turut mengakibatkan keradangan kolon seterusnya meningkatkan risiko mendapat kanser.

Kanak-kanak juga boleh mengalami sembelit sekiranya tidak mengamalkan corak pemakanan yang baik. -Gambar hiasan

Kanak-kanak juga boleh mengalami sembelit jika tidak mengamalkan corak pemakanan yang baik. -Gambar hiasan

Apabila keradangan berlaku, bukan sahaja najis yang dikeluarkan malah sisa yang terdapat dalam salur pencernaan akan turut dinyahtinjakan.

Ini boleh berlaku apabila usus tersumbat atas sebab tertentu, kerana ia menghalang benda daripada bergerak melalui badan dengan betul.

Difahamkan beberapa kes kronik sehingga mengakibatkan kematian telah berlaku akibat daripada perbuatan menahan diri daripada membuang air besar. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain