suria

Suka sangat ketap peniti di bibir sebelum pakai tudung, wanita ini akhirnya merana tak sengaja telan jarum tajam!

Hijabista perlu berhati-hati ketika memakai tudung menggunakan jarum peniti.

NAK berhias pun kena berhati-hati terutamanya ketika mengendalikan aksesori berisiko seperti jarum.

Bagi kaum wanita, amalan mengepit atau mengetap jarum menggunakan bibir semestinya menjadi perkara biasa.

Namun sedarkah anda wahai hijabista bahawa tabiat itu boleh membahayakan nyawa?

Sebagaimana tular di aplikasi TikTok, seorang doktor berkongsi pengalamannya merawat pesakit tertelan jarum peniti semasa sedang memakai tudung.

Seorang wanita mengetap jarum pada bibir ketika memakai tudung.

Menerusi video itu doktor berkenaan berkongsi hasil imbasan Xray bagi menunjukkan penemuan jarum peniti dalam badan seorang wanita.

Hingga kini video yang dimuat naik menerusi akaun @hanyafototulang meraih 1.9 juta jumlah tontonan.

“Sekadar mengingatkan, ini imbasan Xray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu didiagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan bendasing dalam tubuh.

Imbasan Xray kedudukan jarum yang ada di dalam usus seorang pesakit.

“Ini kes wanita berhijab yang meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.

“Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih daripada 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” katanya pada video berkenaan.

Walaupun kejadian ini dikatakan berlaku di Indonesia, ia boleh dijadikan peringatan buat semua wanita yang bertudung.

Bagi kaum adam yang ternampak perkara sama berlaku depan mata, jangan lupa untuk tegur!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain