suria

Aduh! 4 jam zakar tegang tak turun-turun, pakar jelaskan kenapa perlu segera dapatkan rawatan

Lelaki boleh mengalami situasi zakarnya tegang selama berjam-jam.

JIKA bercakap mengenai kesihatan lelaki, kebanyakan orang akan berfikir tentang ereksi lemah atau 'tak tahan' lama.

Namun ada lelaki yang berdepan dengan masalah sebaliknya.

Walaupun umum mengetahui bahagian alat sulit lelaki tidak mempunyai tulang, tetapi ada lelaki mengalami situasi zakarnya tegang selama empat jam.

Kedengaran aneh, namun ia sememangnya boleh berlaku dan dianggap sebagai satu masalah besar.

Priapism adalah keadaan zakar yang tegang terlalu lama.

Menurut perkongsian dibuat Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, masalah ereksi berpanjangan ini dinamakan priapism yang biasanya berlaku kepada lelaki berusia 20 hingga 50 tahun.

Jelasnya lagi, priapism ini merupakan masalah kesihatan seksual yang serius di mana zakar menjadi tegang (erected) berjam-jam tanpa sebab.

Terdapat dua jenis priapism, iaitu ischemic dan non-ischemic.

Ischemic priapism berlaku apabila darah tak boleh keluar dari zakar.

ARTIKEL BERKAITAN: Oh lelaki! Jaga-jaga gejala patah zakar boleh terjadi... Ketahui punca alat kelamin jadi sakit

Non-ischemic priapism pula berlaku apabila berlaku peningkatan aliran darah ke zakar.

Menurut Dr Kamarul, priapism boleh menyebabkan kesan buruk seperti sakit, kehilangan fungsi seksual dan jangkitan.

Malah, individu yang kerap mengalami masalah ini disarankan untuk dapatkan rawatan secepat mungkin.

Rawatan pula melibatkan suntikan phenylephrine, aspirasi darah, pembedahan atau ubat.

553 (17)

Jika lambat dirawat ia boleh menyebabkan kehilangan fungsi seksual.

Bagaimanapun, ia merupakan kes boleh dirawat, tetapi jika lambat, priapism boleh menyebabkan kehilangan fungsi seksual.

Faktor risiko seperti penyakit kronik seperti leukemia, diabetes, dan penyakit buah pinggang juga boleh berlaku.

Masalah kesihatan ini juga boleh berlaku selepas menggunakan ubat-ubatan tertentu seperti untuk kencing manis, tekanan darah dan anti-depresan.

Maka, sekiranya menghadapi masalah terkena priapism, berjumpalah doktor secepat mungkin bagi mengelakkan dari kesan buruk dan kehilangan fungsi seksual yang berkekalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain