suria

Macam ahli nujum! Doktor boleh ‘kesan’ penyakit guna jari, belek-belek boleh tahu sakit apa

Doktor juga boleh memeriksa tanda penyakit dengan melihat keadaan kuku.

PADA kebiasaannya doktor akan memeriksa tekanan darah, nadi, atau ritma degupan jantung bagi mengetahui masalah kesihatan yang anda alami.

Tapi tahukah anda, doktor juga boleh mengesan tanda-tanda penyakit dengan melihat keadaan kuku?

Sebarang perubahan dilalui kuku boleh memberi tanda atau petunjuk tentang tahap kesihatan seseorang.

Berikut adalah sembilan keadaan warna kuku yang mendedahkan tentang masalah kesihatan seperti dikongsikan Dr Ahmad Samhan Awang.

1. Kuku pucat

Masalah kesihatan yang serius boleh brtindak balas seperti Anemia, kegagalan jantung kongestif, penyakit hati dan malnutrisi

2. Kuku putih

Jika kuku anda berwarna putih dengan rim gelap, ia menunjukkan masalah kesihatan berkaitan hati seperti hepatitis.

Terdapat juga masalah penyakit kuning (jaundice), yang juga merupakan satu lagi tanda masalah hati.

3. Kuku kebiruan

Turut dikenali sebagai kuku bluish, ia bermaksud tubuh anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Ia juga boleh dikaitkan dengan masalah paru-paru, seperti emfisema (Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik, COPD).

4. Kuku kuning

Penyebab kuku kuning yang paling biasa adalah jangkitan kulat.

Atau dalam sesetengah kes yang agak jarang berlaku, kuku kuning menunjukkan keadaan kesihatan yang serius seperti tiroid, penyakit berkaitan paru-paru, diabetes atau psoriasis.

5. Kuku kering atau rapuh

Kuku yang sentiasa kering dan rapuh bisanya berhubung kait dengan penyakit tiroid.

6. Bengkak sekitar kuku

kuku kelihatan merah dan bengkak, dikenali sebagai kerengsaan kuku.

Ia mungkin kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung lain.

7. Kuku ripple

Jika permukaan kuku merasa tidak rata dan seperti ada lekukan kecil, ia mungkin petanda awal psoriasis atau keradangan arthritis.

8. Garis gelap di bawah kuku

Sekiranya terdapat garis gelap di bawah kuku, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin!

Ia mungkin disebabkan melanoma iaitu sejenis kanser kulit paling berbahaya.

9. Kuku 'gnawed' atau yang digigit

Tabiat menggigit kuku boleh menjadi bahaya dan merupakan simptom kebimbangan berterusan yang mungkin memerlukan rawatan.

Individu yang gemar menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif.

Sekiranya mendapati sukar untuk menghentikan tabiat ini, anda perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor secepatnya!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain