suria

Hidup bermadu terdedah penyakit STD? Isteri-isteri kena selalu periksa ‘Miss V’, elak jangkitan penyakit kelamin

Golongan wanita yang berkongsi suami perlu bersedia dengan risiko penyakit jangkitan kelamin (STD).

APABILA bercakap soal hidup bermadu atau berpoligami, ia bukan satu perkara mudah bagi golongan wanita.

Selain perlu berkongsi kasih sayang, aspek lain yang dibimbangi adalah berkaitan dengan kehidupan seksual di bilik tidur.

Menurut portal Hello Doktor, meskipun poligami tidak dibenarkan di dalam agama lain, namun Islam tidak pernah melarang kaum lelaki untuk mengahwini lebih daripada seorang wanita.

Anda juga terdedah sekiranya suami terkena STD daripada pasangan mereka yang satu lagi.

Justeru bagi kaum wanita yang berkongsi suami, anda perlulah bersedia dengan risiko tinggi penyakit jangkitan kelamin (STD).

Dalam kes hidup bermadu atau berpoligami, tidak mustahil untuk suami terkena STD daripada pasangan mereka yang satu lagi lantas membuatkan anda juga terdedah (berjangkit).

Berhubung aspek kesihatan dan keselamatan seksual, selain kondisi HIV atau HPV, penyakit jangkitan kelamin lain seperti sifilis, herpes, klamidia, gonorea, trikomoniasis dan lain-lain jenis juga tinggi risikonya.

Tip hubungan seks yang sihat lagi selamat, antaranya:

1. Gunakan kondom ketika melakukan seks

Selain untuk cegah 'insiden' kehamilan luar jangka, kondom sama ada untuk lelaki atau wanita mampu mencegah daripada penyakit jangkitan kelamin.

1544849

Lakukan pemeriksaan faraj dengan kerap bagi golongan isteri yang bermadu.

2. Elakkan seks yang bahaya.

Latih diri untuk tolak permintaan pasangan yang ingin seks bahaya seperti melakukan seks BDSM (menggunakan kekerasan dan keganasan) atau berkongsi alat permainan seks dan lain-lain.

3. Dapatkan rawatan dan ubatan dengan segera.

Sekiranya mengetahui bahawa anda, pasangan atau pihak ketiga dijangkiti STD, segera dapatkan rawatan dan ubatan.

4. Lakukan rutin pemeriksaan dengan kerap.

Bukan niat untuk bersangka buruk pada pasangan, namun pemeriksaan kerap mampu untuk buatkan anda lebih berwaspada.

5. Berkomunikasi.

Komunikasi itu perkara paling penting kerana anda dan pasangan mampu untuk bertutur dan berbincang tentang hal kehidupan seksual bersama.

Bagi mereka yang berkongsi suami, perlulah menjaga Miss V dengan baik.

Dalam pada itu, anda juga perlu tahu dan buat amalan penjagaan kebersihan anggota seksual agar risiko penyakit jangkitan kelamin itu akan dapat dielak serta dicegah.

'Miss V' yang tidak dipantau dan dijaga dengan baik boleh membawa kepada banyak masalah seperti risiko STD, menjejaskan kesuburan, keinginan seks serta keupayaan orgasme.

Akibatnya, ia bukan sahaja memberikan kesan buruk kepada kesihatan wanita malah juga kehidupan rumah tangga.

Lima amalan elak faraj terkena jangkitan:

1. Basuh faraj dengan bersih dan kerap sebelum dan selepas seks.

2. Buang air kecil di dalam bilik air sebelum dan selepas seks.

3. Ambil suntikan vaksinasi untuk elak penyakit yang berkaitan.

Islam tidak pernah melarang kaum lelaki itu untuk berkahwin lebih daripada satu wanita.

4. Elak tabiat buruk seperti merokok, mengambil alkohol atau dadah.

5. Buat pemeriksaan faraj secara berkala dan berjadual.

Hakikatnya hidup berpoligami atau bermadu masih boleh meningkatkan risiko penyakit jangkitan kelamin meskipun sudah amalkan seks sihat dan selamat.

Jadi untuk kehidupan seksual dan rumah tangga yang bahagia, jangan lalai dalam hal keintiman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain