suria

Sekejap-sekejap nak oles lip balm... Ambil tahu kandungan pelembap bibir, terlebih pakai boleh bawa mudarat

Pemakaian lip balm yang salah juga boleh menjadi punca bibir kering.

PELEMBAP bibir atau lip balm merupakan satu produk yang boleh mengekalkan keadaan bibir supaya kelihatan lebih cantik dan munggil.

Tetapi tahukah anda kekerapan memakai produk itu akhirnya boleh merosakkan dan mengeringkan bibir?

Sedangkan tujuan asal memakainya adalah untuk merawat atau mengelakkan bahagian bibir menjadi kering sehingga merekah.

Walaupun kedengaran agak janggal, tetapi inilah realiti sebenar jika ia dipakai secara kerap dan berlebihan.

Masalah bibir kering berlaku tidak kira sama ada pada lelaki atau wanita.

Masalah ini berlaku kepada hampir semua orang tidak kira sama ada lelaki atau wanita.

Menurut Health Essentials, setiap produk kosmetik sememangnya diperbuat daripada hasil campuran bahan kimia.

Antara sebab perlu elak terlalu kerap guna pelembap bibir:

1. Bibir semakin kering

Walaupun ia dicipta untuk mengatasi masalah bibir kering, namun ia juga berupaya buatkan bibir anda menjadi semakin kering.

Mengikut kajian, kandungan bahan kimia itu juga boleh membuatkan bibir iritasi dan mengering jika ia digunakan secara berlebihan.

Bibir menjadi kering dan luka.

2. Kelihatan pucat dan tampak tidak segar

Bibir juga boleh menjadi kurang menarik kerana ia akan bertukar pucat.

Bibir yang lembap buat seketika juga boleh bertukar tidak segar dan ‘mengerikan’.

Rasa ‘sensasi nyaman’ dalam lip balm boleh meningkatkan risiko ketagihan.

3. Ketagih dan terlalu bergantung pada lip balm

Bagi pengguna lip balm, mereka sering mempunyai pemikiran jika tidak oleskan sedikit produk itu, bibir mereka akan mulai pecah dan merekah.

Tahukah anda, kajian ada menunjukkan ‘sensasi nyaman’ itu boleh meningkatkan risiko ketagihan.

Meminum air yang cukup boleh mengelakkan berlaku dehidrasi.

Bagi mengelakkan semua perkara ini terus berlaku, ini merupakan perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memilih pelembap bibir:

1. Elakkan bahan seperti fenol, mentol dan asid salisilik.

2. Hadkan penggunaan pelembap bibir yang mengandungi bau atau perisa tambahan.

3. Cari produk jeli berasaskan petroleum yang ringkas.

4. Gunakan lip balm yang sekurang-kurangnya SPF 30.

Elakkan diri daripada menjilat bibir.

Selain memberi fokus terhadap lip balm, pastikan anda minum air putih secukupnya untuk kekal hidrasi.

Elakkan kebiasaan menyentuh atau mengumpil kulit bibir yang sudah merekah.

Tabiat menjilat bibir juga perlu dielakkan kerana menyebabkan permukaan kulit lebih mudah kering.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain