suria

Dalam diam, ini 5 perkara diperhati dan dipelajari anak lelaki daripada bapa sebelum usia remaja

Anak lelaki cenderung untuk belajar daripada bapanya.

MENDIDIK anak pada zaman sekarang merupakan satu cabaran besar.

Mana tidaknya, kanak-kanak pada era ini lebih mudah terdedah dengan pelbagai perkara tidak baik dengan adanya gajet dan media sosial.

Maka ramai dalam kalangan ibu bapa tercari-cari formula serta cara terbaik mendidik anak sejak kecil.

Namun, terdapat perbezaan pendekatan dalam mendidik anak lelaki dan perempuan.

Bagi anak-anak pula, mereka sudah pasti menjadikan ibu dan bapa sebagai contoh atau role model.

Anak lelaki suka melakukan aktiviti fizikal bersama bapanya seperti memeluk dan ‘bergusti’.

Menurut Dr Redza Zainol yang membuat hantaran di Twitter, seorang bapa mesti tahu cara yang betul mendidik anak lelaki.

Berikut 5 perkara yang anak lelaki belajar daripada bapanya sebelum usia remaja:

1. Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga daripada bapanya dengan melihat dan meniru cara menyayangi ibu dan adik beradik yang lain.

Mereka suka melihat si bapa memuji, menyentuh lembut dan memberi kebahagiaan kepada ibu.

2. Anak lelaki suka melakukan aktiviti fizikal bersama bapanya seperti memeluk dan ‘bergusti’ yang mana momen itu lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.

Bagi kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun mereka sangat suka dengan 'Rough and Tumble Play' di mana mereka akan menepuk, mencucuk dan memukul orang dewasa dalam keadaan tidak menyakitkan.

Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati bapanya.

3. Anak lelaki belajar berhujah dengan bapanya

Walaupun tak sependapat, hujah anak lelaki dengan bapanya tidak akan sampai tahap menghina sesiapa kerana bapa akan berhujah dengan tenang tanpa menyakiti wanita.

Dalam keadaan penuh emosi, lelaki tetap perlu mendengar dan berhujah dengan tenang.

4. Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati bapanya

Penting untuk anak melihat si bapa berasa sedih, marah, gembira dan takut.

Paling penting anak lelaki perlu melihat cara bapanya mengawal diri ketika dirinya bersedih dan penuh beremosi.

Kesilapan kebanyakan bapa ialah mereka meluahkan emosi dengan menunjukkan kemarahan ketika takut atau sedih. Inilah yang akan ditiru oleh anak.

5. Anak lelaki belajar buat kerja rumah daripada bapanya

Pegawai Perubatan Kanak-kanak, Dr Redza Zainol.

Didiklah anak lelaki dengan sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi suami yang memahami beban kerja seorang isteri.

Hubungan anak lelaki dengan bapa sepatutnya penuh dengan kasih sayang dan bukan diselubungi ketakutan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain