suria

Hati-hati bakal haji, jangan tertipu lagi... Ini senarai 22 agensi pelancongan dapat lesen Pengelola Jemaah Haji

Bakal jemaah haji dinasihatkan supaya tidak menggunakan visa pelancongan.

INSIDEN membabitkan lebih 400 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tahun lalu masih segar dalam ingatan.

Lantaran itu bakal jemaah kini lebih berhati-hati kerana takut menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan.

Bagi menghilangkan gundah di hati, Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil langkah proaktif dengan menyerahkan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn. Bhd. untuk musim haji tahun ini.

Foto jemaah haji terkandas di KLIA pada tahun lalu.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pemilihan PJH adalah bagi memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman mencukupi.

Selain itu kewibawaan juga mereka menjadi ukuran supaya mampu memberikan perkhidmatan terbaik serta sentiasa menjaga kebajikan jemaah haji negara.

Katanya, mana-mana syarikat pelancongan berdaftar boleh memohon menjadi PJH yang berlesen dan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup gadai kebun, guna habis duit EPF... harapan lebih 400 jemaah tunaikan haji terkubur

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji agih keuntungan RM2.46 bilion

“Musim haji kali ini, terdapat syarikat PJH baru diluluskan lesen bagi memberi pilihan yang lebih banyak kepada bakal haji.

“TH ingin mengingatkan semua bakal jemaah haji berhasrat ingin menunaikan haji tahun ini untuk lebih berhati-hati dan memilih pakej disediakan oleh syarikat-syarikat PJH yang dilesenkan ini sahaja.

Sekitar majlis penyerahan Lesen PJH di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur pada Isnin.

“Bakal haji yang berhasrat menunaikan haji melalui PJH perlu mendaftar dengan syarikat pilihan mereka selepas menerima surat tawaran menunaikan haji,” kata beliau semasa majlis penyerahan Lesen PJH di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur pada Isnin.

Syed Salleh juga memberi amaran keras jika ada mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta TH.

Sebab kenapa ada perlu memilih Pengelola Jemaah Haji.

“Adalah satu kesalahan sekiranya syarikat pelancongan yang tidak mempunyai Lesen PJH mengiklankan tawaran pakej haji atau mengelola perkhidmatan haji kerana melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995

“Sebagai peringatan tambahan, rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu menggunakan visa haji bagi mengerjakan haji dan bukan visa pelancongan yang tidak dibenarkan oleh Kerajaan Arab Saudi.” katanya.

Semua wakil PJH diberi taklimat mengenai Terma dan Syarat Perkhidmatan Pakej Musim Haji 1444H/2023. Senarai PJH yang menerima lesen ini boleh dirujuk di laman web rasmi TH www.tabunghaji.gov.my dan seperti terlampir.

Senarai 22 agensi pelancongan yang menerima lesen Pengelola Jemaah Haji:

1. AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

2. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

3. ALIF TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

4. AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

5. BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

6. CITRA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

7. C. S.HOLIDAYS SDN. BHD.

8. EIMAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

9. EMRAZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

10. FELDA TRAVEL SDN. BHD.

11. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.

12. JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.

13. JUARA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

14. MIMM TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

15. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

16. RAYHAR TRAVELS SDN. BHD.

17. TM TOURS & TRAVEL SDN. BHD.

18. TRI-D TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

19. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN. BHD.

20. WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS SDN. BHD.

21. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN. BHD.

22. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain