suria

‘Benda’ nak guna lama... jangan sampai hilang fungsi, berpenyakit! Ini makanan terbaik untuk zakar sihat

Lelaki juga harus menjaga kesihatan alat sulit mereka.

KAUM Adam perlu menjaga kesihatan zakar, salah satunya dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan zat.

Zakar yang sihat boleh meningkatkan kualiti seksual dengan mengekalkan ereksi, mengekalkan pembiakan dan mencegah penyakit kelamin.

Berikut beberapa makanan terbaik untuk organ seks lelaki:

1. Makanan yang mengandungi flavonoid

Zakar memerlukan makanan yang mengandungi flavonoid untuk mengelakkan disfungsi ereksi. Seperti yang diketahui, disfungsi ereksi adalah keadaan apabila zakar tidak dapat mengekalkan ereksi, atau mudah lenguh.

Flavonoid boleh didapati dalam makanan seperti anggur, bawang, epal, kacang soya, coklat gelap dan sayuran berdaun hijau.

Selain mencegah disfungsi ereksi, sebatian flavonoid, terutamanya yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran turut mempunyai banyak manfaat lain.

file7n1ic3e561i1nj152mdv

Terdapat banyak pilihan makanan yang boleh membantu kesihatan dalaman lelaki. Foto: Terivirbickis/Dreamstime/TNS)

Antaranya, mampu meningkatkan pengeluaran testosteron, menyokong kualiti sperma serta mencegah penyakit berkaitan dengan kekurangan testosteron.

2. Makanan kaya magnesium

Makanan yang mengandungi magnesium diperlukan oleh lelaki kerana ia mempunyai kesan positif dalam mengekalkan hormon, terutamanya yang berkaitan dengan testosteron.

Laporan kesihatan menunjukkan lelaki berumur 31 tahun ke atas memerlukan pengambilan magnesium sebanyak 420mg sehari.

Lelaki boleh mendapatkan magnesium daripada makanan seperti biji chia, biji labu, badam, gajus, bayam dan susu soya.

3. Makanan yang mengandungi lemak sihat

Untuk mengekalkan kesihatan zakar dan paras testosteron, lelaki memerlukan makanan yang mengandungi lemak sihat, terutamanya yang berasal dari tumbuhan.

Contoh makanan tumbuhan yang mengandungi lemak sihat termasuklah avokado, minyak zaitun dan kacang. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain