suria

Anda mungkin normal, mungkin juga tak normal jika mengantuk selepas makan... ini penjelasan doktor!

Corak tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.

NORMAL ke kalau rasa mengantuk selepas makan?

Bagi yang tertanya-tanya mengenai hal itu, Dr Ahmad Samhan Awang berkata terdapat dua jawapan kepada persoalan tersebut.

"Jawapannya, boleh jadi normal dan tak normal," ciapnya di Twitter sebelum menyenaraikan empat perkara yang dikaitkan dengan situasi itu.

1. Tindak balas sistem pencernaan

Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga.

Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).

u

Dr Ahmad Samhan membuat perkongsian itu menerusi Twitter.

Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka.

Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.

2. Jenis makanan

Makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, tofu, keju dan kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan.

Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!

Scientists now realize that circadian rhythms direct more than just when we sleep and when we wake up. They also signal the most natural times to eat and the best times not to eat. (Dreamstime/TNS)

Ada kandungan makanan yang boleh menyebabkan kita mengantuk.

3. Tabiat tidur

Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.

Selepas makan, badan berasa kenyang dan relaks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.

4. Tahap kesihatan

Sekiranya anda sering berasa mengantuk,mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit celiac, anemia, food intolerance, alahan, sleep apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif.

Pesan Dr Ahmad Samhan, mereka yang mengalaminya boleh merujuk kepada doktor sekiranya mengalami keadaan itu secara berterusan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain