suria

Tiba-tiba rasa suam-suam, basah... Rupanya kencing tilam! Ambil tahu punca orang dewasa ‘terkucil’ waktu tidur

Masalah kencing tilam juga berlaku kepada golongan dewasa.

INGATKAN tengah kencing di tandas rupanya sedang bermimpi!

Dalam banyak-banyak mainan tidur, mimpi pergi membuang air kecil adalah antara yang paling bahaya.

Apabila tersedar daripada tidur, rupa-rupanya tilam sudah basah akibat insiden 'terkucil' yang tak disengajakan.

Lebih menjadi kebimbangan apabila ia sering dialami oleh ramai orang dewasa selain kanak-kanak.

Menurut perkongsian dibuat Public Health Malaysia, terdapat beberapa interpretasi umum daripada mimpi kencing.

Insiden mimpi terkencing boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Terdapat empat punca utama menyebabkan anda terkencing tanpa sengaja:

1. Melepaskan tekanan emosional

Mimpi kencing menunjukkan bahawa seseorang melepaskan tekanan emosional.

2. Kepenatan

Dalam beberapa kes, mimpi kencing dapat menunjukkan bahawa seseorang merasa sangat letih dan memerlukan rehat.

Mimpi kencing juga dapat menunjukkan bahawa seseorang merasa hilang kawalan diri.

3. Keinginan

Terdapat juga kes tertentu, mimpi kencing biasa menunjukkan keinginan untuk melepaskan atau membebaskan diri daripada beban emosi.

4. Kawalan diri

Mimpi kencing juga dapat menunjukkan bahawa seseorang merasa kehilangan kawalan diri.

Meskipun ada beberapa interpretasi umum daripada mimpi terkencing, penting untuk diingat bahawa mimpi individu biasa memiliki makna yang berbeza.

Justeru perlu diambil perhatian bahawa interpretasi yang paling tepat datang daripada orang yang bermimpi sendiri di mana hanya anda sahaja yang tahu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain