suria

Nak sado? Ikan masin dapat bantu bina otot tapi ada juga bahayanya!

Ikan masin mempunyai pelbagai khasiat namun pengambilannya perlu berpada-pada.

BAGI kebanyakan masyarakat di Malaysia, ikan masin adalah makanan sampingan yang bukan sahaja murah tetapi mampu membuka selera ketika makan.

Maka tidak hairan terdapat pelbagai jenis ikan masin yang dijual di pasaran seperti ikan talang, tenggiri, sotong, ikan rebus dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil remeh! 6 keadaan kuku ini mungkin petunjuk anda ada masalah kesihatan

Tetapi pernahkan kita terfikir kandungan zat dan gizi yang terdapat pada ikan masin bagi kesihatan manusia?

Bagi 100 gram ikan masin mengandungi 193kkal tenaga, 42 gram (protein), 1.5 gram (lemak), 200mg (kalsium), 300mg (fostor), 3mg (zat besi) dan 0.01mg (zat besi).

Kandungan zat itu sebenarnya menjadikan ikan masin sebagai makanan cukup baik dan selamat dimakan, namun perlu diingat pengambilan makanan pembuka selera itu terlalu kerap boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan disebabkan kandungan garam yang tinggi.

Jadi apakah kebaikan ikan masin kepada kesihatan manusia?

Ikan Masin

Ikan masin yang digoreng bersama bawang merah dan cili padi cukup membuka selera!

1. Menguatkan gigi dan tulang

Ikan masin memiliki kandungan kalsium dan fostor yang tinggi. Beberapa fakta menyebut bahawa ikan masin yang berjumlah 100 gram mempunyai kandungan fostor sebanyak 300mg dan fostor (200mg).

Fostor dan kalsium cukup bermanfaat bagi kesihatan tulang dan gigi manusia termasuk menambah ketinggian, mencegah osteoporosis dan memperkuatkan struktur tulang.

2. Mempercepatkan proses penyembuhan luka

Kebaikan lain ikan masin adalah ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka memandangkan ia memiliki zat besi iaitu sebanyak 3mg bagi 100 gram ikan masin.

file6axzea01v9wn9kihiqp

Ikan masin mempunyai pelbagai khasiat termasuk mencegah masalah kekurangan darah.

3. Cegah anemia

Zat besi yang terkandung dalam ikan masin sangat bermanfaat untuk mencegah berlakunya anemia (masalah kekurangan darah). Zat besi yang terkandung dalam ikan masin akan membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah dan mencegah anemia.

4. Membantu pembentukan otot

Ikan masin memiliki kandungan protein yang cukup tinggi sebanyak 42 gram bagi 100 gram. Ia membantu membangunkan otot terutama bagi mereka yang sedang menjalani program pembentukan otot.

5. Sumber tenaga

Sebanyak 100 gram ikan masin dapat memberikan tenaga sebanyak 193kkal yang mampu membantu memenuhi keperluan tenaga. Apatah lagi jika ia dipadankan dengan makanan lain.

file6s8nyrmerih744f9l97

Proses pembuatan ikan masin bukan mudah tetapi hasilnya cukup menyelerakan.

Dalam khasiat ada bahayanya!

Umumnya ikan mengandungi 74 hingga 80 peratus air manakala ikan berlemak pula mempunyai sekitar 60 ke 65 peratus air. Ketika proses menjadikan ia ikan masin, air tersebut akan kering dan digantikan dengan garam.

Jumlah natrium dan sel yang wujud selepas proses itu boleh mengganggu keseimbangan cecair badan, selain dapat memberi kesan kepada pembuluh darah serta masalah tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi akan memberi pengaruh kepada tahap kerja jantung yang akhirnya akan meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.

Sebuah kajian melibatkan 80,000 lelaki dan wanita menunjukkan bahawa makan makanan masin turut dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser sebanyak 15 peratus.

Manakala pengambilan makanan dengan natrium yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 20 peratus seperti dilaporkan dalam American Journal of Clinical Nutrition.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain