suria

Jangan ambil remeh! 6 keadaan kuku ini mungkin petunjuk anda ada masalah kesihatan

Masalah kesihatan boleh didedahkan melalui keadaan kuku yang teruk.

MASALAH kesihatan boleh dilihat dengan melihat warna kulit, keadaan rambut termasuklah kuku.

Berikut adalah enam keadaan kuku yang mendedahkan masalah kesihatan dalam badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak tidur lebih nyenyak... penderita insomnia wajib cuma 5 teh herba ini

Tompok putih, warna kemerahan atau rapuh yang muncul pada kuku anda mempunyai makna tersendiri.

Selain itu, ia boleh memberi gambaran tentang keadaan paru-paru, jantung dan organ badan yang lain.

Membaca dan memahami tanda-tanda ini boleh membantu anda mengesan gangguan yang serius dan mengambil tindakan sesuai tepat pada masanya.

Berikut adalah 6 keadaan kuku yang mendedahkan masalah kesihatan.

1. Pucat atau kuning

Kuku yang sihat kelihatan licin, tanpa lubang dan sedikit kemerahan.

Sebarang perubahan warna atau pucat boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang serius.

Seperti yang dilaporkan oleh Times of India, kuku pucat mencerminkan masalah dengan hati, buah pinggang atau jantung anda.

Keadaan ini juga boleh menjadi tanda anemia, masalah hati, kesesakan jantung atau kekurangan nutrisi.

Manakala kuku kekuningan dikaitkan dengan bronkitis kronik, penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

2. Tidak berbentuk bulan sabit

Individu yang sihat sentiasa boleh mencari bentuk separa bulan di bahagian bawah kuku.

Keadaan ini adalah sebahagian daripada matriks dan mendedahkan banyak perkara tentang kesihatan anda.

Kehilangan bentuk bulan sabit dalam beberapa kes boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan, kemurungan atau anemia.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika kuku mula kelihatan merah dan mengalami simptom seperti pening, kegelisahan dan sakit kepala.

3. Kuku beralun

Pernahkah anda perasan sebarang benjolan pada kuku? Garis menegak atau mendatar memberitahu tentang kesihatan buah pinggang dan tulang anda.

Permukaan kuku bergelombang atau berlubang boleh menjadi tanda psoriasis atau arthritis. Jalur menegak yang disertai dengan perubahan warna kuku juga boleh menunjukkan anemia.

Manakala garisan mendatar adalah lebih teruk menunjukkan penyakit seperti buah pinggang. Walau bagaimanapun, keadaan pada kuku kadang-kadang diwarisi dan menjadi menonjol mengikut usia.

4. Kuku rapuh

Kuku yang kering atau rapuh dengan kerap dan mudah patah ini menunjukkan jenis kuku mempunyai penyakit tiroid.

Kuku retak atau terbelah dengan warna kekuningan juga boleh disebabkan oleh jangkitan kulat.

Dalam sesetengah kes, kuku mula pecah kerana terlalu banyak terdedah kepada lembapan atau bahan kimia seperti detergen, pengilat kuku dan penggunaan penanggal pengilat kuku.

5. Bintik putih

Tompok putih yang muncul pada satu atau dua kuku boleh menjadi tanda kekurangan zink dan kalsium.

Keadaan ini tidaklah bahaya sangat, tetapi anda perlu meningkatkan tahap pengambilan nutrisi untuk mengelakkan masalah kesihatan yang teruk pada masa hadapan.

Jeragat yang bertaburan juga boleh disebabkan oleh tindak balas alahan, jangkitan kulat dan kecederaan pada kuku anda.

6. Garisan gelap

Garis gelap yang muncul di bawah kuku anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Kadang-kadang ia hanya disebabkan oleh beberapa trauma atau kecederaan disebabkan oleh tersepit pintu.

Sebab lain mungkin melanoma atau sejenis kanser. Jadi, jika garis hitam muncul pada kuku anda untuk masa yang lama, dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain