suria

Badan rasa sejuk menggigil tapi tak demam? Jangan ambil remeh, ini 7 penyebabnya

Perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui punca anda berasa sejuk menggigil tetapi tidak demam.

SEJUK dan dingin sering kali dialami oleh seseorang individu tetapi yang peliknya apabila tiada tanda-tanda demam.

Secara amnya, seseorang boleh menggigil kesejukan apabila otot badan mengalami perubahan pantas antara penguncupan dan kelonggaran (badan susut).

ARTIKEL BERKAITAN: Vape penyebab mati pucuk, kajian dedah kebenarannya!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah jadi tabiat baring selepas makan? Hati-hati... Ketahui risikonya jika anda masih lakukan amalan ini

Menurut Healthline Media, ada beberapa perkara yang boleh mencetuskan individu itu berasa sejuk tetapi suhu badannya tidak meningkat, antaranya seperti:

sering-berkeringat-dingin-bahayakah

1. Cuaca yang sangat sejuk

Anda akan berasa sejuk ketika berada di kawasan yang dingin atau keadaan bilik yang suhunya seperti peti ais.

Kebiasaannya golongan muda kurang mendapat gejala seperti ini. Namun semakin meningkat usia, khususnya warga emas, mereka kerap mengalami kesukaran untuk mengawal suhu badan.

Bagi penghidap diabetes dan sakit jatung, mereka lebih mudah diserang selsema.

sakit-bahagian-kepala-1024x527

2. Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu

Sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan tertentu, lebih-lebih lagi jika dos ubat berkenaan diambil tidak seperti yang disyorkan.

Seperti yang dilaporkan, pengambilan pil berlebihan dengan mencampur ubat demam, sakit kepala dan perut boleh menyebabkan memberi kesan perubahan suhu seterusnya membuatkan badan menggigil dan pening.

Kerana itu pentingnya membaca label pada bungkusan ubat untuk mengelak berlaku kesan sampingan seperti berasa sejuk. Jika berlakunya gejala segeralah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi.

play-football-bola-sepak-rawpixel-280620-1-1

3. Sukan lasak

Adakalanya latihan fizikal berintensiti tinggi sama ada berlari maraton mahupun aktiviti yang menggunakan tenaga banyak, mampu mengubah suhu teras badan dan menyebabkan badan menggigil.

Tindak balas badan ini boleh muncul dalam apa jua jenis cuaca, akan tetapi hanya berlaku ketika suhu tempat yang meningkat sejuk atau sangat panas.

4. Kelenjar tiroid atau hipotiroid yang kurang aktif

Kelenjar tiroid berfungsi untuk mengawal kadar metabolisme dan kesihatan.

Ia akan mudah terdedah kepada kesejukan jika berlaku gangguan kelenjar, punca badan menjadi lebih sensitif.

5. Paras gula dalam darah turun secara drastik atau hipoglisemia

Hipoglisemia punca penghidap berasa menggigil, lemah otot dan kesejukan. Keadaan ini mudah dialami oleh pesakit kencing manis yang mengambil ubat kawalan gula dalam darah.

Ia terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmoI/L (60 or 70 mg/dL). Seringkali individu hanya merasa simptom ketika mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmoI/L (50 to 54 mg/dL).

Namun bagi sesetengah orang jumlah gula dalam darahnya menurun tetapi bukan kategori penghidap diabetes.

072975000_1529977721-Badan-Kurus-Sudah-Pasti-Kurang-Gizi-By-George-Rudy-shutterstock_308808611

6. Malnutrisi

Jika had nutrisi mencapai tahap kurang yang diperlukan tubuh, seseorang itu mudah diserang rasa sejuk.

Antara faktor lain gejala malnutrisi seperti badan cepat penat dan mengantuk, kesukaran untuk fokus, kulit pucat, timbul ruam, degupan jantung semakin cepat dan kerap jatuh pengsan.

Amarahxx1_1599087607

7. Perubahan emosi

Ketakutan, kebimbangan atau imbasan pengalaman silam punca berlakunya tindak balas perubahan emosi dalam keadaan dingin tetapi tidak demam.

Ia terjadi apabila sistem saraf mencetuskan pembebasan hormon dopamin (hormon gembira yang mengawal selera dan emosi) dan neurotransmitter.

Langkah elak kedinginan berterusan tanpa gejala demam

Rasa sejuk menyengat boleh hilang dengan segera jika badan dipanaskan dengan menutup kepala dan memakai selimut.

Menurut Medical News Today, anda perlu berwaspada jika mengalami selsema tanpa demam yang berkaitan dengan keadaan hipotermia atau kesejukan radang. Keadaan ini memerlukan perhatian perubatan segera.

Walau bagaimanapun, perlu berjumpa doktor jika punca selesema mungkin ada kaitan dengan diabetes atau penyakit tiroid yang tidak terkawal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain