suria

Mujur ada yang prihatin... Rumah usang 80 tahun dibela, kini berubah wajah

Keadaan rumah Shahrom sebelum dan selepas yang berusia 80 tahun.

MENGINTAI lima beranak yang mendiami sebuah rumah usang berusia 80 tahun, menimbulkan rasa simpati apabila melihat kediaman itu semakin daif akibat ditelan waktu.

Pemilik rumah berkenaan, Shahrom Abdul Karim, 57, bersama isteri, dua anak dan ibunya yang menetap di kediaman usang hampir menyembah bumi itu terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi tidak menyenangkan seperti menghadapi masalah bocor.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 sahabat kumpul duit bantu mangsa banjir, tak sangka usaha kecil tiba-tiba jadi perhatian

Menurut Shahrom, panel zink sudah lama tidak ditukar menyebabkan rumahnya itu kerap kali mengalami kebocoran lebih-lebih lagi ketika musim hujan.

"Saya tak dapat nak penuhi keperluan hidup keluarga tambahan dengan masalah kewangan yang dihadapi, semasa musim hujan biasanya panel zink bocor akan menitikkan air hujan di ruang tamu, bilik tidur dan dapur," katanya mengenai rumah kayu dicat biru di Kampung Sungai Penchala, Petaling Jaya ini.

Tambahnya, akibat perkara itu, perabot mudah rosak selain lantai kayu kediaman mereka mula mereput dan membahayakan.

image004

Keadaan ruang tamu, dapur dan isi rumah Shahrom yang telah rosak akibat terkena air hujan.

Apa lebih memeritkan, Shahrom memberitahu pendapatan yang tidak menentu membuatkan impian untuk membaiki kerosakan rumahnya tinggal impian apatah lagi pandemik yang melanda negara menyebabkan dia tidak dapat bekerja.

"Sebelum ini saya hanya menjual hasil bakeri di pasar malam untuk menyara keluarga, namun musim pandemik menghalang saya untuk meneruskan perniagaan menyebabkan pendapatan terjejas," tambahnya lagi.

Sementara itu, kepayahan ditanggung keluarga itu mendapat perhatian Sunway Putra Mall dan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang menghulurkan bantuan membaik pulih rumah Shahrom baru-baru ini.

Hannah berkata, beliau berasa gembira dengan projek amal tersebut dan ia menunjukkan contoh baik dalam usaha membantu golongan memerlukan agar kehidupan yang dijalani lebih selesa.

Projek itu merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pusat beli-belah itu yang diberi nama Keceriaan Bersama kolaborasi dengan Hannah Yeoh.

YB Hannah and Danny touring the house during the handover ceremony to Mr...

Hannah (dua dari kiri) dan Danny (dua dari kanan) meninjau rumah tersebut semasa majlis penyerahan kepada Shahrom dan keluarganya.

Selain Sunway Putra Mall, projek itu turut mendapat kerjasama Sunway Property, Sunway Construction, Lions Club Sunway Damansara Metro, Persatuan Anak Jati Penchala dalam menyalurkan sumbangan bagi usaha ini.

Dalam perkembangan sama, Pengurus Besar Sunway Putra Mall, Danny Lee berkata, selain membuat pelbagai kerja-kerja pembaikan pada rumah Shahrom, pihaknya turut menghadiahkan perabot untuk kediaman itu seperti meja solek, kabinet dapur, almari pakaian, tilam, alas lantai dan langsir selain mengecat kediaman itu agar tampak baharu.

Menurut Danny pihaknya telah melakukan semampu yang boleh untuk menyediakan persekitaran yang kondusif buat Shahrom dan keluarganya.

"Bantuan bagi komuniti yang diusahakan tidak terhenti disitu sahaja, ia akan berterusan memberikan bantuan terhadap golongan yang memerlukan," katanya.

Bagi Shahrom pula, bantuan itu memberi sinar bukan sahaja kepadanya tetapi dapat memberi keselesaan keluarganya apatah lagi dia menjaga ibunya yang sudah berusia.

YB Hannah Yeoh, Danny Lee together with the project sponsors and partner...

Hannah bersama wakil daripada pihak Sunway dan Shahrom (empat dari kanan) selepas selesai kerja-kerja pengubahsuaian.

Sebelum 2021 menutup kisahnya, Sunway Putra Mall juga berhasrat menyebarkan semangat kebaikan dan keihsanan buat para keluarga dan kanak-kanak dari buku jalanan Chow Kit (BJCK).

Pembeli-belah turut dipelawa untuk menghulurkan sumbangan menerusi inisiatif The Goody Aid yang menggunakan khidmat membalut hadiah menerusi Charity Gift Wrapping.

Orang ramai turut dipelawa mendermakan keperluan harian di peti sumbangan yang terletak di aras bawah bersebelahan concierge counter pusat beli-belah itu.

Sumbangan yang diberikan akan dihulurkan kepada 200 buah keluarga yang terjejas akibat pandemik di Lembah Klang dengan sasaran mengumpul 2,000 kilogram dalam bentuk makanan dan barangan bayi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain