suria

Hati-hati ‘silent disease’... punca berat badan si kecil susah naik

Penting untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi memantau perkembangan si kecil.

IBU mana yang tidak risau bila lihat perkembangan berat badan anaknya tidak begitu memuaskan sehingga terpaksa mencuba pelbagai cara.

Secara luaran mungkin nampak sihat, namun buat golongan ibu perlu berwaspada terhadap silent disease yang boleh hadir secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN : Pasangan tidak subur, apa puncanya? Jangan malu... sama-sama jumpa doktor kalau nak anak

Silent disease adalah penyakit yang tidak menimbulkan tanda gejala spesifik atau boleh mengesan secara langsung.

Terdapat beberapa penyakit yang berada di bawah kategori silent disease iaitu tuberculosis, infeksi saluran kencing, anemia defisiensi besi dan gangguan endokrin.

Penting untuk anda tahu bahawa sekiranya berat badan si kecil tidak naik ia tidak bermakna disebabkan silent disease.

Namun penyakit ini kemungkinan besar berpunca daripada berat badan yang kekal. Ia cukup bahaya untuk bayi yang baru lahir hingga usianya 24 bulan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Kurus Yang Tidak Normal

Penyebab si kecil mengalami masalah berat badan selain faktor genetik adalah kekurangan nutrisi dan kalori yang cukup.

Selain memiliki tubuh yang kurus, ibu boleh memeriksa di bahagian tulang rusuk anak sewaktu mandi, ukuran pakaian dan keadaan si kecil yang kerap jatuh sakit.

Pengaruh Kecerdasan Bayi

Perkara paling menakutkan buat ibu bapa apabila proses pembesaran si kecil terjejas atau dengan perkataan yang lebih mudah terbantut.

Ia bukan sahaja mempengaruhi berat badan malah kecerdasan kognitif anak turut terganggu dan akan melumpuhkan kemandirianya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sekiranya, anak anda mengalami masalah yang sama dan tidak naik berat atau tinggi lebih dari tiga bulan sebaiknya dapatkan konsultasi untuk pemeriksaan selanjutnya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain