suria

Suka makan makanan pedas? Jangan teguk air, ambil 4 bahan ini untuk legakan sensasi terbakar

Makanan yang terlampau pedas memang boleh mendatangkan sensasi terbakar dalam mulut.

SIAPA penggemar makanan pedas, cuba angkat tangan sikit? Sudah menjadi kebiasaan atau trend masa kini masyarakat berani mencuba makanan pedas terutamanya golongan muda sehingga ada yang menjadikannya sebagai makanan rutin.

Terdapat satu mitos yang menyatakan bahawa makanan pedas boleh membunuh selera seseorang sekiranya serbuk cili atau rempah diambil secara berlebihan tetapi ia bersifat sementara dan reseptor lidah anda akan kembali normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke kopi penyebab tekanan?

Kalau makan pedas, mesti cepat-cepat nak minum air sejuk kan? Jangan dulu, apa kata anda cuba 4 bahan ni untuk melegakannya.

1. Susu

Bahan ni memang ajaib! Untuk pengetahuan anda sedikit tegukan susu atau satu sudu yogurt mampu melegakan rasa kepedasan yang anda alami secara cepat berbanding air sejuk.

Ini kerana terdapat kandungan protein yang dipanggil ‘caesin’ membantu membuang bahan ‘capsaicin’ sekali gus meredakan kesan sampingan ketika anda makan makanan pedas.

2. Madu

Tidak semestinya makanan manis yang lain mampu mengatasi kepedasan yang anda alami. Tetapi madu adalah bahan yang boleh mengurangkan tahap kepedasan dalam mulut anda dengan pantas.

Madu akan bertindak untuk menyerap minyak cili atau rempah yang ada dalam makanan tersebut bagi menghilangkan rasa pedas yang berlebihan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

3. Makanan Berkanji

Sekiranya tiada susu atau madu, makanan berkanji seperti roti putih dan kentang boleh bertindak sebagai penghalang di antara ‘capsaicin’ dan mulut anda, agar rasa pedas tersebut tidak kembali.

Selain itu, nasi adalah bahan paling mudah serta mampu melegakan rasa ‘panas’ di dalam mulut.

4. Tomato & Lemon

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa buah tomato dan lemon mempunyai kelebihan untuk menghilangkan asid rasa pedas yang berada dalam mulut anda.

Gigit tomato atau jadikannya sebagai jus untuk meredakannya dengan cepat.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain