suria

Tahi lalat pada kanak-kanak memang biasa tapi awas jika ada 5 tanda ini!

Tahi lalat pada kanak-kanak mungkin perkara biasa tetapi ia mungkin mendatangkan bahaya.

TAHI lalat merupakan satu keadaan pada kulit yang biasa terjadi kepada ramai orang termasuk kanak-kanak. Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan tahi lalat yang tumbuh pada kanak-kanak boleh mendatangkan bahaya.

Secara umumnya, tahi lalat tumbuh ketika zaman kanak-kanak atau remaja dan ia boleh membesar serta berubah warna gelap sejajar dengan peredaran masa. Kebiasaannya ia tidak berbahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Covid-19... Siapa berisiko, kesan dan teori konspirasi antara 10 perkara yang anda perlu tahu

Bagaimanapun, kehadiran tahi lalat di bahagian tertentu badan boleh menjadi petanda melanoma atau kanser kulit. Berikut adalah beberapa tanda tahi lalat yang berbahaya dan perlu dirujuk ke hospital.



Ada bayi yang baru lahir sudah mempunyai tahi lalat dan ia kemerah-merahan.

1. Perubahan tahi lalat

Tahi lalat yang tumbuh atau berubah warna adalah normal namun anda perlu berwaspada jika ia mengalami perubahan dengan sangat cepat.

2. Tahi lalat berbentuk kubah, bergerigi

Jika tahi lalat tumbuh menonjol seperti bentuk kubah berwarna kemerah-merahan atau coklat gelap ia mungkin adalah spitz nevus.

Spit nevus biasanya muncul ketika seseorang berusia 10 ke 20 tahun. Meskipun tidak bahaya, tetapi keadaan itu serupa dengan melanoma yang boleh berdarah, pecah dan membesar dengan luar biasa.

3. Berdarah

Tahi lalat yang berdarah tanpa sebab meskipun tidak diusik berkemungkinan petanda melanoma. Segeralah berjumpa doktor.



Saiz tahi lalat yang besar boleh menjadi petanda ia tidak normal.

4. Jumlah tahi lalat banyak

Secara umumnya, orang dewasa akan mempunyai 10 ke 20 tahi lalat pada tubuh mereka namun jika kanak-kanak mempunyai 50 tahi lalat, waspadalah!

Ia boleh menceritakan tentang keadaan kesihatan kanak-kanak, sama ada melanoma, kanser atau penyakit kulit yang lain.

5. Saiz

Selalunya saiz tahi lalat hanya kecil dan tidak menonjol. Bagaimanapun, ada sesetengah kanak-kanak saiz tahi lalat mereka cepat membesar dan berbentuk luar biasa.

Kanak-kanak yang memiliki tahi lalat yang besar berisiko mengalami melanoma dan masalah kesihatan lain.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain