suria

Hati-hati... Jangan ingat sedap je, 4 makanan ini pemicu serangan angin ahmar!

Daging merah boleh memicu serangan angin ahmar.

RISIKO penyakit angin ahmar akan meningkat seiring dengan usia seseorang tetapi ada beberapa langkah yang dapat diambil bagi mencegahnya.

Langkah utama harus dilakukan adalah dengan menjaga pemakanan. Selain pengambilan makanan seimbang, kita juga perlu menghindari hidangan yang mampu memicu serangan angin ahmar atau strok.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambillah pada kadar berpada-pada, ketahui 5 tanda badan anda terlebih kandungan kalsium

Berikut adalah makanan yang mampu meningkatkan risiko strok;

1. Makanan bergula dan bergoreng

Selain menyebabkan ketagihan, makanan manis dan bergoreng mengandungi lemak trans tinggi yang mampu meningkatkan kolesterol jahat (LDL) dan menurunkan kolesterol baik (HDL) yang mampu meningkatkan risiko strok dan penyakit jantung.

Bagi menghindari perkara tersebut, sebaik-baiknya hindari makanan yang mengandungi lemak trans. Kita dianjurkan untuk memilih makanan yang kaya degnan lipoprotien rendah seperti buah-buahan.

2. Makanan proses

Makanan yang diproses mengandungi jumlah garam yang tinggi sekaligus menyebabkan tubuh menghasilkan dan menyimpan lebih bnanyak air dalam badan.

Keadaan itu akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan berbahaya kepada kesihatan jantung yang pada akhirnya mencetuskan serangan angin ahmar.

3. Daging merah

Daging merah tinggi lemak tepu yang menjadi penyebab strok. Ini kerana, lemak tepu boleh menyebabkan masalah pembuluh darah tersumbat.

Oleh sebab itu, kita perlu mengelak daripada terlalu kerap makan daging merah. Apa kata cuba beralih kepada alternatif lain seperti tauhu, tempe dan kekacang.

4. Air soda

Kajian daripada Universiti Columbia menunjukkan pengambilan soda berlebihan mampu meningkatkan serangan strok sebanyak 60 peratus.

Tidak hanya pemicu angin ahmar, soda juga meningkatkan serangan jantung. Sebaik-baiknya, perbanyakkan minum air putih dan tinggalkan minuman bersoda dan bergula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain