suria

Ambillah pada kadar berpada-pada, ketahui 5 tanda badan anda terlebih kandungan kalsium

Kandungan kalsium yang tinggi dalam tubuh boleh memberi kesan sampingan.

MUNGKIN ramai tidak mengetahui fungsi penyerapan kalsium adalah penting dalam tubuh manusia bagi proses fisiologi, pembentukan tulang dan saraf.

Sumber kalsium boleh didapati daripada beberapa jenis makanan dan minuman seperti sayuran hijau, salmon, yogurt dan paling popular, susu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertahun-tahun terkena darah tinggi... Sila ambil tahu 5 komplikasinya jika tidak dirawat!

Bagaimanapun kandungan kalsium yang terlalu tinggi dalam darah juga memberikan risiko dan komplikasi kepada kesihatan manusia.

Antara tanda-tanda dialami seseorang apabila kandungan kalsium dalam badan berlebihan termasuklah;

1. Cepat haus dan kerap buang air kecil

Pengambilan kalsium berlebihan dapat memberi kesan buruk kepada buah pinggang. Lebih teruk lagi ia boleh meninggalkan batu-batu kalsium yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.

Disebabkan itu, seseorang itu akan cepat berasa haus dan kerap membuang air kecil.

2. Sakit tulang dan otot

Kalsium berlebihan juga dapat menyebabkan seseorang itu menyimpan sisa lebihan itu di dalam tulang yang boleh menyebabkan lemah otot dan sakit tulang.

3. Gangguan sistem penghadaman

Masalah ini merupakan perkara lazim kepada mereka yang memiliki kandungan kalsium berlebihan. Ini termasuklah sakit perut, rasa mual, muntah, sembelit dan sebagainya.

4. Degupan jantung tidak normal

Biarpun ia simptom jarang berlaku, kajian mendapati hiperkalsemia yang teruk juga dapat menyebabkan seseorang mengalami gangguan pada jantung.

Degupan jantung akan menjadi tidak normal selain menyebabkan rasa sesak nafas dan dada berdebar-debar.

5. Lesu

Lebihan kalsium boleh menyebabkan seseorang hilang fokus termasuk mengganggu cara berfikir, rasa keliru, lesu dan cepat letih.

Jika simptom itu dibiarkan, ia boleh menyebabkan penderitanya mengalami kemurungan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain