suria

Risau kadar kolestrol tinggi? Apa kata cuba amalkan makan 5 buah-buahan ini

Limau bali antara buah-buahan yang kaya dengan khasiat dan mampu membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

RAMAI tidak menyedari mereka sebenarnya berdepan dengan masalah kesihatan seperti kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.

Jika tidak dicegah atau dirawat segera, keadaan itu boleh menyebabkan penyakit lebih serius seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit jadi macam ayam dan gusi sering berdarah... ketahui 5 tanda anda kurang vitamin C

Salah satu cara terbaik untuk mengawal kadar kolesterol dalam badan adalah dengan pengambilan buah-buahan yang mengandungi serat tinggi dan nutrisi untuk tubuh.

Antara lima buah-buahan yang dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan termasuklah;

1. Epal

Epal merupakan buah yang kaya dengan kandungan serat dan terbukti dapat menurunkan kolesterol dalam darah.

Ini kerana ia mampu menyerap kolesterol dan lemak jahat dalam usus dan dikeluarkan daripada tubuh menerusi air kencing dan najis apabila membuang air besar.

2. Mangga

Mangga memang enak tetapi ramai tak sedar bahawa ia mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin C, pektin dan serat yang tinggi dalam membantu penurunan kolesterol dalam badan.

Tidak hanya itu, ia juga merupakan buah yang mampu mengawal degupan jantung dan tekanan darah.

3. Beri

Beberapa kajian mendapati buah beri seperti strawberi, beri biru, beri hitam dan sebagainya dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

Ia kaya dengan antioksidan yang mampu melawan lemak jahat dalam tubuh manusia.

4. Limau bali

Kolesterol jahat dalam tubuh mampu dicegah dengan pengambilan buah limau bali sehari sekali. Buah ini ternyata mampu menurunkan kadar kolesterol kerana ia mengandungi trigliserida.

5. Anggur

Anggur mengandungi antioksidan yang dapat mencegah peradangan dalam tubuh. Ia juga memiliki flavonoid yang mana mampu mencegah pengumpulan darah dan pengeluaran radikal bebas.

Cukup sekadar makan 200 gram anggur, ia mampu mencegah peradangan sekaligus menurunkan kadar kolesterol dalam darah anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain